KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Umum 15 (PRU15) menyaksikan jumlah pemilih berdaftar meningkat kepada lebih 21.17 juta dengan kira-kira separuh darinya pengundi muda iaitu seramai 10.6 juta orang.
Lebih menarik, angka ini juga menyaksikan peningkatan yang sangat baik iaitu sebanyak 2.4 juta pengundi berbanding pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14).
Jom semak angka menarik yang perlu anda tahu!
363,515 orang
Jumlah petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) termasuk Pilihan Raya Kecil DUN N.66 Sabah.
8,958
Jumlah pusat mengundi biasa yang mengandungi 38,348 tempat mengundi/saluran dan 578 pusat mengundi awal bagi pengundian yang mengandungi 970 tempat mengundi/saluran awal.
RM1.01 bilion
Anggaran peruntukan bagi kos pengurusan PRU15 dan PRK DUN N.66 Bugaya, Sabah.
155,802
Jumlah pengundi berdaftar paling ramai di Perak iaitu di Parlimen Tambun, dengan 37 daerah mengundi.
49,625
Jumlah undi yang diperoleh Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen Tambun, dengan majoriti sebanyak 3,736 undi.
124,619
Jumlah majoriti tertinggi yang diterima calon PRU15, iaitu Gobind Singh Deo dari DAP apabila memenangi kerusi Parlimen Damansara, iaitu dengan jumlah keseluruhan undi sebanyak 142,875.
20
Jumlah undi paling rendah diperoleh calon bebas Parlimen Putrajaya, Lim Fice Bee. Bekas peguam ini aktif berkempen di media sosial dan mengentengahkan beberapa isu yang mahu diperbaiki termasuk soal pengangkutan awam dan tempat letak kereta.
73,998
Menang bergaya! Jumlah undi diterima Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu atau Mat Sabu yang bertanding di Parlimen Kota Raja dengan majoriti besar sebanyak 73,998 undi meninggalkan kesemua tujuh calon lain.
31
Pertambahan kerusi Parlimen dari Parti Islam Semalaysia (PAS) termasuk 14 kerusi di Kelantan. Empat belas kawasan Parlimen terbabit ialah Tumpat, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Pasir Mas, Rantau Panjang, Kubang Kerian, Bachok, Ketereh, Tanah Merah, Pasir Puteh, Machang, Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang.
28
Kerusi milik Barisan Nasional (BN) hilang selepas mengalami kekalahan terbesar dalam PRU kali ini. BN tewas semua kerusi Parlimen yang ditandingi di Perlis, Terengganu, Kelantan, Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Melaka, termasuk tewas di banyak kerusi kubu kuat.
12
Penggal memegang mandat sebagai wakil rakyat paling lama iaitu di Parlimen Gua Musang. Akhirnya, Tengku Razaleigh Hamzah tewas mengejut kepada calon Pas-Bersatu Datuk Mohd Azizi Abu Naim pada PRU15.
48
Tahun menguasai Parlimen Kepala Batas termasuk ketika di bawah bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum Reezal Merican diberi mandat pada PRU 2008, BN akhirnya 'tenggelam' di Pulau Pinang. BN akur 'pengaruh' mereka semakin pudar di negeri itu terutama kehilangan kerusi kubu kuat Tasek Gelugor.
22
Kerusi gabungan parti Pakatan Harapan (PH) berkurang berbanding PRU14 lalu manakala penambahan sebanyak 55 kerusi dari Perikatan Nasional (PN).
Faida Rahim
Mon Nov 21 2022

Pertambahan kerusi tertinggi sebanyak 31 kerusi Parlimen dari Parti Islam Semalaysia (PAS) termasuk 14 kerusi Parlimen di Kelantan/ BERNAMA

29 lokasi seluruh negara diperkenan untuk melihat anak bulan Ramadan
Pengisytiharan tarikh mula berpuasa oleh Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja akan dibuat malam ini.

Kita suka menghukum tanpa mengenali orang lain - Muhammad Faisal
Menurut Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia, Muhammad Faisal Abdul Aziz perkara itu boleh diatasi dengan adanya program-program kunjungan dalam konteks agama dan kaum.

Lans Koperal didakwa terima rasuah RM3,500
Ia sebagai dorongan memulangkan semula barang-barang rampasan kes.

Wan Azizah harap Persatuan Pandu Puteri Malaysia terus berkembang
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berharap Persatuan Pandu Puteri Malaysia akan terus berkembang.

Lagenda Knicks Willis Reed meninggal dunia pada usia 80 tahun
Sebelum ini Reed dilaporkan mengalami pelbagai masalah kesihatan berkaitan jantung tahun lepas.

KSM bersedia kendali, stuktur semula program berkaitan TVET
Kementerian Sumber Manusia bersedia memikul tanggungjawab untuk mengendali dan menstruktur semula program berkaitan TVET di negara ini.

Maszlee Malik kembali bergelar pensyarah
Bekas Menteri Pendidikan itu memulakan tugas sebagai pensyarah di University of Cyberjaya.

Malaysia raih potensi pelaburan RM24 bilion dari Korea Selatan - MIDA
Misi Perdagangan dan Pelaburan (TIM) ke Korea Selatan baru-baru ini, berjaya menjana potensi pelaburan bernilai RM24 bilion bagi Malaysia.

Pengemis 'buta' bertongkat larikan diri diekori JKM
Individu dipercayai menyamar mengalami kecacatan penglihatan itu melarikan diri sebaik sahaja menyedari dirinya diekori.

Iran sedia pulihkan hubungan ekonomi dengan negara Arab
Iran bersedia untuk menyambung semula hubungan ekonomi dengan semua negara Arab di Timur Tengah berikutan perjanjian mengenai pemulihan hubungan diplomatik dengan Arab Saudi baru-baru ini.

Tiada perbincangan agihan kerusi PRN - Anwar
Anwar memaklumkan, perbincangan secara teliti tidak dibuat namun menjangkakan ia akan diputuskan dalam masa terdekat.

PH Pulau Pinang diberi tempoh sebulan runding dengan BN negeri - Chow
Chow Kon Yeow berkata beliau menerima arahan daripada pimpinan tertinggi gabungan politik itu semalam untuk memulakan rundingan dengan BN.

PRN: Aminuddin yakin agihan kerusi PH, BN di Negeri Sembilan selesai dalam dua bulan
Aminuddin berkata setakat ini, tiada masalah atau isu besar mengenai kerjasama antara PH dan BN untuk bersama, bagi menghadapi pilihan raya nanti.

'UMNO kalah bukan kerana seorang figura tetapi sebab khianat'
Menurut Mohd Razlan, bagi meningkatkan imej UMNO, pemimpin yang berjawatan dalam kerajaan perlu memainkan peranan.

Menjelang PRN: Kerjasama BN, PH perlu diperkukuhkan - Ahmad Zahid
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menyifatkan kerjasama berkenaan adalah jajaran politik yang harus dilihat ke hadapan.

Anwar semak perincian belanjawan pastikan penyampaian terbaik
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau akan menyemak perincian Belanjawan MADANI bagi membantu memastikan tahap penyampaian yang terbaik.

Wanita PH tubuh klinik guaman bantu kos penceraian
Inisiatif tersebut dibuat bagi membantu wanita menghadapi kesulitan dari segi kos guaman untuk menghadapi kemelut rumah tangga.

Wanita PH Kelantan sasar lima kerusi hadapi PRN
Wanita Pakatan Harapan (PH) Kelantan menyasarkan untuk bertanding sekurang-kurangnya lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

PM yakin Kerajaan Perpaduan mampu bertahan hingga tamat penggal
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Kerajaan Perpaduan pimpinannya akan bertahan sehingga tamat penggal pentadbiran.

Dewan Rakyat: Beranikah Tambun mengaku janji manifesto PH sekadar retorik? - Muhyiddin
Kerajaan digesa untuk meluluskan segera peruntukan kepada semua ahli Parlimen termasuk pembangkang, yang kawasan mereka dilanda banjir.