awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Dekati rakyat sejak tiga tahun lepas, Murugiah yakin rampas Teluk Intan

Bernama
Bernama
06/11/2022
20:00 MYT
PRU15: Dekati rakyat sejak tiga tahun lepas, Murugiah yakin rampas Teluk Intan
Murugiah yang juga Naib Presiden MIC berkata tiga aspek teras akan diberi perhatian menerusi manifestonya kepada 87,222 pengundi di kawasan itu. - Foto BERNAMA
TELUK INTAN: Calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Teluk Intan Datuk T. Murugiah yakin mampu merampas kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), 19 Nov ini setelah melaksanakan pelbagai gerak kerja mendekati masyarakat setempat sejak tiga tahun lepas.
"Saya mempunyai keyakinan sehingga lebih 70 peratus dapat merampas kerusi Parlimen Teluk Intan daripada pembangkang (Pakatan Harapan). Saya sudah pergi ke setiap pelosok kawasan bertemu dan menyelesaikan apa-apa masalah masyarakat setempat di sini.
"Ramai penduduk setempat mengadu kepada saya wakil rakyat di Parlimen Teluk Intan tidak turun kawasan dan hanya tunjuk muka apabila tiba masa berkempen (pilihan raya) sahaja," katanya kepada pemberita di Pusat Khidmat Penyelaras Parlimen Teluk Intan di sini pada Ahad.
Pada PRU14, Nga Kor Ming daripada DAP yang bertanding atas tiket PKR memenangi kerusi Parlimen Teluk Intan dengan majoriti 11,179 undi, menewaskan Datuk Seri Mah Siew Keong (BN) dan Dr Ahmad Ramadzan (Pas).
Murugiah yang juga Naib Presiden MIC berkata tiga aspek teras akan diberi perhatian menerusi manifestonya kepada 87,222 pengundi di kawasan itu iaitu pemerkasaan ekonomi, pemantapan infrastruktur serta kesejahteraan rakyat.
"Kita juga akan menjadikan Teluk Intan sebagai hab pelancongan utama di negara ini kerana di sini terdapat pelbagai tempat pelancongan. Selain Menara Condong, Teluk Intan mempunyai Pulau Bangau, Dataran Udang Galah serta tempat-tempat bersejarah," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#calon BN Teluk Intan
#T Murugiah
#PRU15
#pilihan raya umum
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan