awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Derita 22 bulan jangan dilupakan, pesan Zahid kepada pengundi awal

Bernama
Bernama
14/11/2022
12:28 MYT
PRU15: Derita 22 bulan jangan dilupakan, pesan Zahid kepada pengundi awal
Kesengsaraan rakyat selama 22 bulan di bawah pemerintahan Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Umum ke-14 perlu dijadikan iktibar dan ia tidak harus dilupakan, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. - Gambar fail BERNAMA
BAGAN DATUK: Kesengsaraan rakyat selama 22 bulan di bawah pemerintahan Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) perlu dijadikan iktibar dan ia tidak harus dilupakan.
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pelbagai janji tidak dilaksanakan kerajaan PH, membuatkan rakyat berasa tertipu dengan manifesto yang ditawarkan pada PRU14.
"Selama 22 bulan rakyat tidak memperoleh apa yang telah dijanjikan PH apabila berjaya membentuk kerajaan dan rakyat telah mengalami kerajaan yang gagal.
"Jadi, saya memohon kepada semua pengundi-pengundi awal yang telah mengalami penderitaan pada PRU14 yang lepas agar kembali menyokong calon-calon BN pada PRU15 kali ini," katanya.
Penyandang Parlimen Bagan Datuk itu berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas sesi ramah mesra bersama komuniti Perumahan Awam Bagan Datuk, di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, BN akan melaksanakan setiap janji dalam manifesto yang ditawarkan untuk semua golongan dan kaum di negara ini.
"Sepuluh teras dan 99 tawaran dalam manifesto yang telah kita perincikan, Insya-Allah, apa yang kita sebutkan itu akan dilaksanakan jika kembali memerintah.
"Kita juga menggambil kira semua pengundi-pengundi awal terdiri daripada yang beruniform dan juga petugas-petugas pilihan raya, Insya-Allah, kita akan penuhi sepenuhnya," katanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 Nov sebagai hari pengundian manakala 15 Nov iaitu esok bagi pengundian awal pada PRU15. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRU15
#cuti umum PRU15
#derita 22 bulan
#Pakatan Harapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan