PRU15: Fahami pendekatan 'Khemah Besar' Amanah sebelum bincang - Mat Sabu

Bernama
April 18, 2022 08:22 MYT
Mohamad berkata penyatuan pembangkang amat perlu dalam mengusahakan kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Parti Amanah menghormati dan meraikan perbezaan pandangan pelbagai pihak mengenai pendekatan 'Khemah Besar' sebagai pendekatan politik Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), namun kefahaman tepat perlu sebelum perbincangan diadakan.
Presidennya Mohamad Sabu dalam kenyataan hari ini berkata pendekatan 'Khemah Besar' yang dianjur Amanah tidak merangkumi penyatuan atau kerjasama dengan parti-parti yang berada di dalam kerajaan iaitu UMNO, Bersatu atau Pas.
Beliau berkata penyatuan pembangkang amat perlu dalam mengusahakan kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)
"Ke arah ini Amanah akan berusaha membanyakkan kawan demi menghadapi lawan yang sama iaitu Barisan Nasional dan juga Perikatan Nasional.
"Bagi yang membuat keputusan bahawa PRU15 tidak akan dimenangi, usaha sebegini sememangnya tidak perlu. Usaha untuk kalah adalah jauh lebih mudah dari berjuang untuk menang," katanya.
-- BERNAMA
#Khemah Besar #Amanah #Mohamad Sabu #Pakatan Harapan #UMNO #PAS #pembangkang #PRU15