awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Raja Perlis harap kerajaan negeri perkasa penghayatan al-Quran, teras pembinaan ummah
AS kekal hak menjamin keselamatan ketenteraan pangkalan Diego Garcia - Trump
Ribut Leonardo: Lelaki maut di Portugal, wanita dihanyutkan arus di Sepanyol
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Faizal Azumu mungkin tidak pertahan kerusi DUN Chenderiang

Bernama
Bernama
23/10/2022
04:15 MYT
PRU15: Faizal Azumu mungkin tidak pertahan kerusi DUN Chenderiang
AHMAD FAIZAL: Keputusan itu (melepaskan) Chenderiang masih belum diputuskan oleh pucuk pimpinan, namun secara peribadi saya mahu tumpukan sepenuh masa di Tambun dan menguruskan parti di peringkat pusat. - Foto fail/BERNAMA
IPOH: Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkemungkinan tidak akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chenderiang, yang disandangnya sebelum ini pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Beliau yang juga Pengerusi Perikatan Nasional Perak berkata beliau bersedia melepaskan kerusi tersebut, bagi membolehkan lebih ramai calon muka baharu ditampilkan parti itu dalam PRU15.
"Keputusan itu (melepaskan) Chenderiang masih belum diputuskan oleh pucuk pimpinan, namun secara peribadi saya mahu tumpukan sepenuh masa di Tambun dan menguruskan parti di peringkat pusat.
"Bukan sebab kehadiran (Presiden PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim nak bertanding di situ, tetapi lebih kepada bagi peluang kepada tokoh dan muka baharu untuk diketengahkan.
"Kita akan putuskan nanti," katanya ketika ditemui pemberita selepas lawatan ke program Deepavali di Little India di sini malam tadi.
Pada PRU14, Ahmad Faizal menang di DUN Chenderiang selepas memperoleh majoriti 39 undi, mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Choong Shin Heng serta calon Pas Nordin Hassan.
Menteri Belia dan Sukan itu berkata bagi PRU15, rakyat dinasihati agar memilih kerajaan yang stabil, kuat dan terbukti mampu mentadbir, dalam usaha membangunkan negara serta menolak pemimpin yang menabur janji palsu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Faizal Azumu
#DUN Chenderiang
#PRU15
#Pengerusi Perikatan Nasional Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan