awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Fitnah Warisan mesra PATI, Shafie Apdal sedia ambil tindakan undang-undang

Abdul Hafiz Mustadi
Abdul Hafiz Mustadi
23/10/2022
09:21 MYT
PRU15: Fitnah Warisan mesra PATI, Shafie Apdal sedia ambil tindakan undang-undang
Mohd Shafie yang juga Presiden Warisan berkata, pelawaan untuk bekerjasama dengan PBS sebelum ini adalah atas niat untuk menyatukan rakyat Sabah.
KOTA BELUD: Dakwaan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) bahawa Parti Warisan mesra pendatang asing tanpa izin (PATI) disangkal Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Sambil mengatakan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang, Mohd Shafie yang juga Presiden Warisan berkata, pelawaan untuk bekerjasama dengan PBS sebelum ini adalah atas niat untuk menyatukan rakyat Sabah.
"Saya pelawa (kerjasama Warisan dan PBS) adalah untuk penyatuan umat, jika tidak setuju tidak apalah.
"Tetapi jangan menuduh kebanyakan ahli (Warisan) ini adalah PATI. Saya akan lihat dari segi undang-undang," katanya.
Semalam pada Siri Jelajah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di Tenom, Presiden PBS, Datuk Seri Maximus Ongkili sekali lagi menegaskan parti itu 'belum bersedia' menjalin kerjasama dengan Warisan.
Maximus berkata, PBS tidak dapat menerima pelawaan parti itu berikutan latar belakangnya yang didakwa mesra pendatang asing tanpa izin (PATI).
Shafie yang juga ADUN Senallang berkata, tindakan tegas termasuk undang-undang itu diteliti bagi mengelak sesetengah pihak menggunakan isu Warisan dan PATI sebagai bahan politik sekali gus memecahbelahkan undi di negara ini.
"Di Sabah setiap kali pilihan raya mereka menggunakan (isu) PATI.. adakah ini benar?
"Saya mahu periksa nanti adakah ia benar bilangan jumlah ahli contohnya di Kota Belud (adakah ahli kami PATI)," katanya.
Topic Berkaitan
#Warisan
#PBS
#parti mesra PATI
#Maximus Ongkili
#PRU15
#Malaysia Memilih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan