awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: GEOPES UMS ramal Warisan, GRS-BN menang sembilan kerusi setakat 16 Nov

Abdul Hafiz Mustadi
Abdul Hafiz Mustadi
16/11/2022
12:21 MYT
PRU15: GEOPES UMS ramal Warisan, GRS-BN menang sembilan kerusi setakat 16 Nov
Menurut Penyelidik GEOPES UMS, Dr Fauzi Sarjono, ramalan itu tidak termasuk di kerusi 'atas pagar' yang ditandingi parti-parti berkenaan.
KOTA KINABALU: Parti Warisan serta Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN) diramal mampu memenangi sembilan kerusi parlimen di Sabah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Setakat 16 November 2022, Kajian Elektoral dan Geopolitik Borneo (GEOPES) Universiti Malaysia Sabah (UMS) mendedahkan Pakatan Harapan pula memenangi tiga kerusi parlimen.
Menurut Penyelidik GEOPES UMS, Dr Fauzi Sarjono, ramalan itu tidak termasuk di kerusi 'atas pagar' yang ditandingi parti-parti berkenaan.
"Saya boleh katakan di sini pecahan kepada gabungan parti Pakatan Harapan (PH) dilihat boleh dengan andaian memenangi tiga kerusi tetapi ada satu kerusi yang dianggap masih lagi dalam konteks 50/50.
"Kedua, BN kita menjangkakan akan memenangi empat kerusi yang mana ada satu juga 50/50 iaitu di Tenom. Manakala GRS kita jangkakan memenangi lima kerusi tidak termasuk satu kerusi 50/50 iaitu Kudat.
"Parti Warisan kita menjangkakan akan memperolehi sembilan kerusi dan tidak termasuk 2 kerusi 50/50 iaitu di Kudat dan Putatan," katanya ketika ditemui di UMS pada Rabu.
Turut memberi pengaruh besar terhadap kemenangan calon yang bertanding di setiap parlimen pada PRU15 ialah kelebihan calon itu sendiri, kata Dr Haryati Abdul Karim.
"Bagi setengah kawasan yang menjadi masalah yang kita nampak ada 50-50. Jadi isu adalah calon ataupun pemilihan calon.
"Umumnya pengundi mahukan orang dari kawasan itu. Tetapi apabila calon yang dipilih adalah yang tidak disangka itu yang memberi kesan bukan sahaja kepada pengundi tetapi dalam kalangan jentera itu sendiri," katanya.
Tiga pemboleh ubah diguna pakai dalam kajian itu melibatkan hubungan kerajaan negeri dan Pusat, sentimen primordial serta isu-isu berbangkit sepanjang PRU15.
Kajian yang bermula 5 November dilakukan di 25 kerusi parlimen Sabah melibatkan 200 tenaga penyelidik daripada UMS.
Topic Berkaitan
#GEOPES UMS
#Kajian Ramalan PRU15
#PRU15
#Malaysia Memilih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan