awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Halimah akur kehendak parti, ikrar akan terus sokong BN

Ehsan A Marisah
Ehsan A Marisah
04/11/2022
09:30 MYT
PRU15: Halimah akur kehendak parti, ikrar akan terus sokong BN
Datuk Halimah Mohamed Sadique akur dengan keputusan dibuat oleh Barisan Nasional (BN) yang menggugurkan beliau untuk bertanding di kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
KUALA LUMPUR: Penyandang kerusi Parlimen Kota Tinggi, Datuk Halimah Mohamed Sadique akur dengan keputusan dibuat oleh Barisan Nasional (BN) yang menggugurkan beliau untuk bertanding di kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Halimah juga dalam masa sama berikrar akan terus menyokong jentera dan calon-calon lain untuk berkempen bagi memastikan kemenangan menjadi milik BN.
“Saya orang parti dan akan akur dengan apa jua keputusan parti walaupun nama digugurkan dalam PRU15.
“Saya juga akan turun padang membantu kawan-kawan bertanding di atas tiket BN. Jiwa saya amat besar untuk parti Saya mendoakan semua calon dan mudah-mudahan pengundi akan terus memberi sokongan padu kepada BN," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Galeri Uniti Keluarga Malaysia, di sebuah pusat beli-belah, di ibu negara, pada Jumaat.
Sementara itu, Halimah meminta calon kerusi Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin untuk turun padang menyantuni masyarakat di kawasan itu dan memperkenalkan diri kepada para pengundi.
“Saya yakin pengundi akan memberikan sokongan yang padu untuk menangkan calon BN,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#PRU15
#Calon PRU15
#penamaan calon PRU15
#halimah sadique
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan