awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketibaan antarabangsa ke Vietnam catat rekod baharu pada 2025, meningkat lebih 20 peratus
Lapangan terbang Bali pasang pengimbas terma bagi kesan kes Super Flu
Tiada penalti ketidakpatuhan e-Invois dengan syarat pembayar cukai ikut peraturan - LHDN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Hasnul Zulkarnain umum tidak bertanding, akan bantu calon PH

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
11/10/2022
10:30 MYT
PRU15: Hasnul Zulkarnain umum tidak bertanding, akan bantu calon PH
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim mengumumkan tidak akan bertanding mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). - Gambar fail/BERNAMA
IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim mengumumkan tidak akan bertanding mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Beliau yang juga bekas Exco Perak dan bekas Ketua Pemuda Amanah Nasional mengumumkan perkara itu dalam hantaran terkini laman sosial Facebook miliknya, hari ini.
Menurutnya, keputusan itu diambil bagi menebus kesilapan langkah politiknya sebelum ini yang keluar parti menjadi wakil rakyat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan kemudiannya Bebas.
Hasnul Zulkarnain berkata, beliau mahu memberi laluan kepada calon dari Pakatan Harapan (PH) dan akan turun berkempen bagi memenangkan calon Amanah dan PH di DUN atau Parlimen yang ditandingi.
“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pimpanan Amanah Kawasan Parit Buntar, Amanah Perak dan juga Amanah Nasional yang telah meletakkan saya sebagai calon pada PRU yang lepas,” katanya.
Beliau turut menyatakan penghargaan kepada bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad serta penjawat awam kerajaan negeri dan pejabat daerah Kerian kerana banyak membantu menjayakan agenda pembangunan di DUN Titi Serong.
Pada PRU14, Hasnul Zulkarnain yang bertanding atas tiket Amanah menenangi DUN Titi Serong, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dan Pas dengan majoriti 140 undi.
Beliau kemudiannya dilantik sebagai Exco Komunikasi, Multimedia, NGO dan Pembangunan Koperasi Perak sebelum digugurkan apabila kerajaan PH Perak tumbang pada 2019.
Beliau kemudiannya menyertai Bersatu sebelum dipecat pada 2021 kerana dikatakan menyokong Saarani sebagai Menteri Besar Perak pada Disember 2020.
Topic Berkaitan
#Hasnul Zulkarnain Abd Munaim
#Adun Titi Serong
#PRU15
#umum tidak bertanding
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan