awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemimpin interim Venezuela pecat jeneral pengawal kehormat Maduro
Laut Utara paling panas dalam rekod pada 2025 - Agensi Jerman
Trump aktif bincang pembelian Greenland - White House
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Hasrat Wan Ahmad Fayhsal bertanding Parlimen Bagan Serai bersifat peribadi

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
16/05/2022
11:06 MYT
PRU15: Hasrat Wan Ahmad Fayhsal bertanding Parlimen Bagan Serai bersifat peribadi
Hasrat Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal untuk bertanding di Parlimen Bagan Serai dalam PRU15 belum diputuskan oleh pucuk pimpinan parti, kata Setiausaha Bersatu Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin. - Gambar fail BERNAMA
IPOH: Hasrat Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal untuk bertanding di Parlimen Bagan Serai dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) belum diputuskan oleh pucuk pimpinan parti.
Setiausaha Bersatu Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata, pengumuman hasrat untuk bertanding di mana-mana tempat merupakan perkara biasa setiap kali menjelang PRU.
Bagaimanapun, katanya, pengumuman seumpama itu hanya bersifat peribadi dan tidak melibatkan parti.
“Memanglah masing-masing ada merasakan kelayakan untuk bertanding di sini, di situ dan akhirnya yang buat keputusan pimpinan tertinggi parti,” katanya ketika ditemui pada majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Negeri Perak di sini, hari ini.
Pada Sabtu, Wan Ahmad Fayhsal memberi bayangan mahu bertanding di Parlimen Bagan Serai pada PRU15.
Menurutnya, Parlimen Bagan Serai antara kerusi yang berpotensi untuk beliau bertanding selain di Kelantan, namun, perkara itu diserahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukannya.
“Dari segi kecenderungan, sememangnya saya memberi fokus untuk berada di sini selain daripada Kelantan yang juga kawasan berpotensi saya untuk bertanding.
“Tapi terpulanglah kepada pucuk pimpinan parti kerana siri-siri rundingan masih belum selesai antara Pas, Bersatu dan Gerakan,” katanya kepada pemberita pada majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri di Kampung Tersusun Jalan Gula Simpang Ampat, Semanggol.
Wan Ahmad Fayhsal berkata, beliau juga menghormati pendirian Dewan Pemuda Pas dan Dewan Muslimat Bagan Serai yang telah menghantar memorandum kepada pimpinan mereka mendesak Perikatan Nasional (PN) memberi laluan kepada Pas untuk bertanding Parlimen Bagan Serai.
Ketika ini Ahli Parlimen Bagan Serai ialah Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali yang menyertai Bersatu pada November 2018, selepas lima bulan menjadi wakil rakyat Bebas.
Topic Berkaitan
#PRU15
#Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal
#Parlimen Bagan Serai
#Ketua Armada Bersatu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan