awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Hormati proses demokrasi, elak cetus provokasi - Ahmad Marzuk

Bernama
Bernama
14/11/2022
13:08 MYT
PRU15: Hormati proses demokrasi, elak cetus provokasi - Ahmad Marzuk
Datuk Ahmad Marzuk Shaary menasihati semua penyokong parti politik agar menghormati proses demokrasi dan tidak menimbulkan sebarang kekecohan pada Pilihan Raya Umum ke-15. - Gambar fail BERNAMA
KOTA BHARU: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary menasihati semua penyokong parti politik agar menghormati proses demokrasi dan tidak menimbulkan sebarang kekecohan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Beliau berkata, para penyokong parti politik perlu menanam sifat toleransi dan kerjasama yang jitu antara satu sama lain bagi menjamin keharmonian sepanjang tempoh PRU15.
"PRU15 adalah proses untuk kita memilih pemimpin dan kita sebagai penyokong tidak perlu bermusuh atau dengan sengaja mewujudkan kekecohan atau provokasi.
"Malah pemimpin-pemimpin juga akan menjaga ukhwah dan keharmonian kerana selepas habis PRU15 ini, kita akan berkawan seperti biasa," katanya.
Ahmad Marzuk berkata demikian selepas beramah mesra dengan pemenang pingat emas Para Sukma 2022 Kuala Lumpur bagi acara catur berpasukan kategori (PI) Norazlin Juarih dan Faris Iqbal Ahmad dekat Pengkalan Chepa, di sini, hari ini.
Beliau diminta mengulas video tular di media sosial yang memaparkan insiden provokasi dan perang mulut antara dua penyokong parti politik dalam program ceramah di Sungai Dulang, Bagan Datuk pada Ahad lepas. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRU15
#elak provokasi
#Ahmad Marzuk Shaary
#penyokong parti politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan