awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Jangka Parlimen bubar Ogos atau September, Rafizi mula berkempen bulan depan

Bernama
Bernama
20/06/2022
10:54 MYT
PRU15: Jangka Parlimen bubar Ogos atau September, Rafizi mula berkempen bulan depan
Rafiz Ramli mengumumkan akan mula berkempen secara tersusun setiap minggu mulai 1 Julai ini sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). - Gambar Facebook Rafizi
KUALA LUMPUR: Calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mengumumkan akan mula berkempen secara tersusun setiap minggu mulai 1 Julai ini sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Bekas Ahli Parlimen Pandan itu berkata, ia susulan jangkaannya bahawa Dewan Rakyat akan dibubarkan seawal Ogos atau September ini untuk membolehkan Bajet 2023 dibentangkan kerajaan baharu.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Rafizi berkata, beliau akan berkempen menggunakan pentas Ayuh Malaysia, memandangkan tahap kelesuan pengundi terhadap parti-parti sedia ada adalah tinggi dan kempen akan bermula dengan latihan peringkat nasional kepada sukarelawan Ayuh Malaysia pada 2 Julai ini di Kuala Lumpur.
Katanya, beliau akan mengumumkan jadual kempen mengikut bandar dan kerusi-kerusi Parlimen minggu ini, meliputi kempen ceramah kepada orang ramai dan diskusi dengan kumpulan tertentu mengenai isu-isu khusus untuk mengupas pandangan pakar dan orang ramai dalam mencari penyelesaian kepada masalah negara.
Menurut keputusan tidak rasmi yang dikemas kini melalui laman sesawang Pemilihan Keadilan 2022, Rafizi mendahului Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bagi jawatan Timbalan Presiden, namun pengumuman rasmi akan dibuat semasa Kongres Nasional Tahunan PKR yang dijadualkan berlangsung pada 15 hingga 17 Julai depan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRU15
#Rafizi Ramli
#bubar parlimen
#Timbalan Presiden PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan