awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Jentera pilihan raya UMNO Kedah dilancar 15, 16 Oktober

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
13/10/2022
02:30 MYT
PRU15: Jentera pilihan raya UMNO Kedah dilancar 15, 16 Oktober
Othman berkata langkah melancarkan jentera PRU15 di setiap peringkat bahagian itu perlu dilakukan bagi membuktikan kesediaan menghadapi pilihan raya. -Astro AWANI
ALOR SETAR: Kesemua 15 bahagian UMNO Kedah membabitkan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di seluruh negeri akan melancarkan jentera Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bermula 15 Oktober ini.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Othman Aziz berkata langkah itu perlu dilakukan bagi membuktikan kesediaan menghadapi pilihan raya.
Menurut Othman, pelancaran itu akan dilakukan serentak pada mesyuarat bahagian pada 15 dan 16 Oktober ini.
"Kita akan menggunakan platform mesyuarat bahagian-bahagian ini pada 15, 16 hari bulan Oktober ini untuk melancarkan jentera di peringkat bahagian bersama dengan parti komponen.
"Kita telahpun mengarahkan bahagian-bahagian untuk mengambil kesempatan mesyuarat agong perwakilan UMNO bahagian ini untuk kita lancarkan jentera kita," kata Othman.
Othman berkata demikian ketika ditemui Astro AWANI pada Majlis Apresiasi Kecemerlangan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Hitam dekat Jerlun.
Kata Othman lagi, pihaknya kini hanya menunggu penetapan tarikh daripada Suruhanjaya Pilihan Raya dan sebaik pengumuman itu dibuat, jentera akan terus melaksanakan tugas hingga hari mengundi.
Beliau menambah bahawa tahap kesediaan UMNO Kedah kini berada pada kadar seratus peratus.
Topic Berkaitan
#UMNO Kedah
#PRU15
#Malaysia Memilih
#Othman Aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan