awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Kerajaan bakal dibentuk perlu beri tumpuan kepada Johor

Sinar Harian
Sinar Harian
21/11/2022
22:15 MYT
PRU15: Kerajaan bakal dibentuk perlu beri tumpuan kepada Johor
Mohd Fared (dua dari kiri) menyempurnakan Majlis Penyampaian Agihan Manfaat Waqaf dan Perasmian Pelan Pembangunan Asnaf MAIJ pada Isnin. - Foto MAIJ
JOHOR BAHRU: Kerajaan Persekutuan yang bakal dibentuk menerusi apa juga gabungan parti perlu meletakkan Johor sebagai tumpuan utama meskipun negeri ini ditadbir sepenuhnya oleh pimpinan daripada Barisan Nasional (BN).
Naib Ketua Pemuda UMNO Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, perkara utama ketika ini yang perlu diberikan perhatian adalah menjamin kepentingan rakyat dan bukannya soal parti politik semata-mata.
"Saya sangat yakin kerajaan Persekutuan yang bakal dibentuk nanti selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah merupakan sebuah kerajaan yang memastikan kebajikan Malaysia terjamin.
"Bukan itu sahaja, malah saya secara peribadi sebagai orang Johor mahu pimpinan yang bakal menerajui negara memastikan Johor di dalam perhatian utama mereka," katanya.
Beliau yang juga Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Agihan Manfaat Waqaf dan Perasmian Pelan Pembangunan Asnaf Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) di sini pada Isnin.
Mohd Fared yang juga ADUN Semerah berkata, pandangan yang disuarakan berhubung keadaan politik dan pembentukan kerajaan Persekutuan kini akan menjadi sebahagian daripada suara rakyat.
"Kami senada sebab mengambil maklum keperluan Johor untuk mengutarakan pandangan dalam masa yang sama memahami hasrat warga negeri ini.
"Sebagai kerajaan negeri kita mesti menyokong dan menjadi sebahagian besar suara rakyat. Itu yang dinyatakan oleh Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi," katanya.
Pada Ahad, tiga Exco kerajaan negeri tampil memberi kenyataan berhubung gesaan perubahan di dalam UMNO dan BN selepas Onn Hafiz yang juga Pengarah Operasi Pilihan Raya BN Johor menggesa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengundurkan diri ekoran kekalahan BN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Selain Mohd Fared, dua lagi ialah Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri, Mohd Hairi Mad Shah yang juga Ketua Pemuda UMNO Johor dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pagoh.
Pada PRU15, BN hanya memenangi sembilan kerusi di Johor, selain langsung tidak memenangi kerusi di Melaka, Kelantan, Pulau Pinang, Perlis, Kedah dan Terengganu.
Sembilan kerusi dimenangi BN di Johor ialah Parlimen Parit Sulong, Ayer Hitam, Simpang Renggam, Tenggara, Kota Tinggi, Pengerang, Pontian, Tanjung Piai dan Sembrong.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lalu, BN memperoleh majoriti mudah apabila memenangi 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada keseluruhan 56 kerusi DUN. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Mohd Fared Mohd Khalid
#Barisan Nasional
#onn hafiz ghazi
#Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan