awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Kerajaan Selangor setuju beri cuti umum pada 18 Nov - MB Selangor

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
09/11/2022
07:27 MYT
PRU15: Kerajaan Selangor setuju beri cuti umum pada 18 Nov - MB Selangor
Amirudin berkata, ia bagi membolehkan orang ramai pulang mengundi dengan lebih selesa. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengisytiharkan 18 Nov sebagai cuti umum negeri.
Dalam sidang media sebentar tadi, Amirudin berkata keputusan itu dibuat selepas mempertimbangkan pengundi yang bekerja dan menetap di Selangor dan perlu pulang ke kampung halaman masing-masing untuk mengundi.
"Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri memutuskan secara dasar untuk memberikan cuti umum sehari pada Jumaat, 18 November. Perkara ini perlu diputuskan minggu hadapan kerana sedang menunggu maklum balas dari penasihat undang-undang negeri.
"Tetapi secara amnya semua ahli bersetuju untuk membolehkan ramai pulang untuk mengundi dan dalam masa yang sama membenarkan warga Selangor yang bermaustatutin di negeri lain untuk pulang dengan lebih selesa.
"Saya kira tawaran ini lebih bermakna, bukan hendak tunggu menang atau kalah, kita beri saja cuti dulu, untuk membolehkan orang ramai peluang mengundi secara adil," katanya.
PRU15 | Kerajaan Selangor setuju beri cuti umum pada 18 November
Topic Berkaitan
#Amirudin Shari
#PRU15
#Selangor cuti umum
#Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan