PRU15: Ketua parti diminta serah SD sokong calon Perdana Menteri - Azhar

Astro Awani
November 20, 2022 11:17 MYT
Ketua-ketua parti politik diminta menamakan seorang daripada Ahli Dewan Rakyat dalam gabungan mereka yang diberi kepercayaan untuk menjadi Perdana Menteri ke-10 melalui SD, kata Tan Sri Azhar Azizan Harun. - Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR: Ketua-ketua parti politik yang memenangi jumlah kerusi substantial pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) telah dimaklumkan berkenaan keperluan pembentukan kerajaan.
Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun menerusi satu kenyataan berkata, mereka diminta mengemukakan nama parti-parti dan Ahli-Ahli Parlimen Bebas sekiranya ada yang bersetuju untuk menganggotai gabungan yang mempunyai sekurang-kurangnya 112 kerusi melalui surat akuan berkanun (SD) oleh ketua parti.
"Mereka juga diminta menamakan seorang daripada Ahli Dewan Rakyat dalam gabungan mereka yang diberi kepercayaan untuk menjadi Perdana Menteri ke-10 melalui surat akuan berkanun daripada setiap Ahli Dewan Rakyat yang menganggotai gabungan tersebut yang dinyatakan dengan terang dan jelas," kata Azhar dalam kenyataan itu.
BACA: PRU15: Agong titah maklumkan gabungan parti politik sebelum 2 petang Isnin
Menurut Azhar, dokumen-dokumen yang tersebut di atas perlu diserahkan ke Istana Negara selewat-lewatnya esok (Isnin, 21 November) sebelum pukul 2 petang.

Kenyataan Media oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat. YB Tan Sri Azhar Azizan Harun Yang di-Pertua Dewan Rakyat Parlimen Malaysia 20 November 2022 pic.twitter.com/k1y0eLgigj

— Parlimen Malaysia (@MYParlimen) November 20, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#PRU15 #Malaysia Memilih #Azhar Azizan Harun #calon perdana menteri