awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Elon Musk cipta rekod baharu dengan nilai kekayaan AS$852.5 bilion
Sembilan ekar Hutan Simpan Kuala Langat masih terbakar - JBPM Selangor
Nilai transaksi SARA cecah RM4.8 bilion sepanjang 2025 - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Ketua Pemuda Pas Sik umum berehat semua jawatan parti

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
14/11/2022
08:04 MYT
PRU15: Ketua Pemuda Pas Sik umum berehat semua jawatan parti
Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Sik, Mohd Shahiful Mhd Nasir mengumumkan keputusannya untuk berehat daripada jawatan tersebut dan semua jawatan dalam parti untuk tempoh yang akan dimaklumkan kelak.
SIK: Menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Sik, Mohd Shahiful Mhd Nasir mengumumkan keputusannya untuk berehat daripada jawatan tersebut dan semua jawatan dalam parti untuk tempoh yang akan dimaklumkan kelak.
Permohonan Mohd Shahiful berehat itu dibuat menerusi satu surat yang ditujukan kepada Setiausaha Pas Kawasan Sik bertarikh 11 November lalu.
Di dalam surat itu Mohd Shahiful berkata, permohonan untuk berehat daripada semua jawatan dalam parti sehingga ke satu tempoh yang akan dimaklumkan kelak.
“Permohonan ini adalah secara sukarela tanpa dipaksa oleh mana-mana pihak dan akan mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas apa yang berlaku.
“Ucapan di dalam video itu merupakan ucapan saya sendiri dan bukan mewakili Pas khususnya Perikatan Nasional (PN) amnya.
“Saya ingin memohon maaf kepada semua pihak sama ada di dalam Pas mahupun PN yang terkesan dan tersinggung akan ucapan saya itu,” katanya menerusi kenyataan.
Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, yang juga Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang juga Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Sik, ketika dihubungi mengesahkan mengenai permohonan Mohd Shahiful berkenaan.
Sebelum ini, tular petikan rakaman ceramah Mohd Shahiful yang menggesa pengundi di Sik agar memangkah PN pada PRU15 kelak kerana golongan yang memilih Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) akan ‘masuk neraka’.
Susulan itu, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon maaf kepada pihak yang tersinggung dengan kenyataan Mohd Shahiful itu.
Dalam masa sama, bekas Perdana Menteri itu mengingatkan semua calon agar elak daripada mengeluarkan kenyataan yang boleh mencetus salah faham.
Topic Berkaitan
#PRU15
#Ketua Pemuda Sik mohon maaf
#berehat daripada jawatan
#Mohd Shahiful Mhd Nasir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan