awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Global Sumud Flotilla hantar misi kemanusiaan terbesar ke Gaza pada 29 Mac
Adibah bawa agenda kerjasama pembacaan ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
NIOSH tawar 3,000 tempat kursus OSH-C percuma kepada PKS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Lelaki ditahan bakar khemah bilik gerakan parti politik

Sinar Harian
Sinar Harian
13/11/2022
03:30 MYT
PRU15: Lelaki ditahan bakar khemah bilik gerakan parti politik
Seorang lelaki ditahan dipercayai terbabit dalam kes khianat membakar khemah bilik gerakan sebuah parti politik di Batu Pahat, pada Sabtu. -Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Seorang lelaki ditahan dipercayai terbabit dalam kes khianat membakar khemah bilik gerakan sebuah parti politik di Batu Pahat, pada Sabtu.
Jurucakap Media Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Superintendan Ibrahim Mat Som berkata, suspek tempatan berusia 28 tahun itu ditahan selepas polis menerima laporan tentang kejadian itu pada jam 10.37 malam Sabtu.
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat menerima satu laporan polis berkaitan kejadian khianat dengan membakar khemah di Bilik Gerakan MIC di Taman Mutiara, Batu Pahat.
"Tindakan pantas polis berjaya menahan suspek di kawasan berkenaan dan suspek disyaki dalam keadaan mabuk ketika ditangkap," katanya dalam kenyataan media di sini pada Ahad.
Beliau berkata, permohonan reman terhadapnya akan dibuat pada Ahad dan kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan.
Pada masa sama katanya, polis menasihatkan orang ramai supaya bersikap secara rasional dan tidak melakukan sebarang perbuatan yang menyalahi undang-undang. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PRU15
#bakar khemah
#bilik gerakan
#Ibrahim Mat Som
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan