awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jajaran sempadan Malaysia-Indonesia: Malaysia dapat tambahan kawasan 780 hektar - PM Anwar
KKDW nilai cadangan sokongan bagi usahawan profesional buka klinik fisioterapi luar bandar
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Majlis Presiden PH setuju tubuh jawatankuasa rundingan dengan MUDA, PSM

Fareez Azman
Fareez Azman
21/09/2022
10:54 MYT
PRU15: Majlis Presiden PH setuju tubuh jawatankuasa rundingan dengan MUDA, PSM
Majlis Presiden PH berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat berhubung persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hari ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) hari ini bersetuju menubuhkan jawatankuasa bagi mengadakan rundingan bersama Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).
Majlis Presiden PH, dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat berhubung persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hari ini.
"Hasrat MUDA dan PSM ini bererti parti-parti yang bersedia berpegang pada prinsip-prinsip dan berada di landasan yang sama dengan Pakatan Harapan dapat dirangkul kekuatan bagi menghadapi PRU15.
"Pada masa yang sama, pertembungan kerusi pada PRU15 akan dapat dielakkan.
"Oleh itu, Majlis Presiden hari ini bersetuju membentuk satu jawatankuasa bagi mengadakan rundingan dengan pihak MUDA dan PSM.
"Jawatankuasa ini dianggotai oleh seorang wakil daripada setiap parti komponen Pakatan Harapan," jelas kenyataan itu lagi.
Wakil parti terbabit ialah Nik Nazmi Nik Ahmad daripada PKR, Steven Sim Chee Keong (DAP), Mohd Hasbie Muda (AMANAH) dan Datuk Ewon Benedick (UPKO).
Topic Berkaitan
#majlis presiden PH
#muda
#PSM
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan