POLITICS
PRU15: Mampukah Bersatu saingi UMNO? - Penganalisis
Mujibu juga berpandangan, pertembungan yang dihadapi UMNO dan Bersatu kemungkinan tidak menganggu gugat kekuatan Pas di kawasan-kawasan pengundi Melayu - Gambar fail
KUALA LUMPUR: "Mampukah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyaingi UMNO?".
Itu persoalan yang dibangkitkan oleh Pensyarah Kanan Sains Politik Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mujibu Abd Muis berhubung perebutan kerusi di kawasan majoriti pengundi Melayu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kelak.
Jelas Mujibu, jika dibandingkan secara relatif antara UMNO dan Bersatu termasuk ketika Pilihan Raya Kecil (PRK), banyak lagi persiapan yang perlu dilakukan parti yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin itu untuk menyaingi UMNO.
"Sudah tentu kita akan melihat pertembungan Bersatu dan UMNO... akan menjadikan pertandingan beberapa penjuru di kawasan-kawasan pengundi yang majoriti Melayu.
"Kita tengok apa yang berlaku di (PRK) Semenyih atau Tanjung Piai (pertembungan Bersatu dan UMNO). Ini barangkali satu perkara yang boleh difikirkan kerana persaingan beberapa penjuru itu dalam konteks pilihan raya, adalah satu perkara yang normal.
"Tetapi yang perlu diperhatikan adalah bagaimana sebuah parti itu harus dibandingkan secara relatifnya (dari segi) kekuatan, kelebihan, dan juga kelemahan mereka dalam pertandingan (pilihan raya) itu," katanya kepada Astro AWANI, pada Ahad.
Mujibu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kesediaan Bersatu untuk bertembung dengan UMNO pada PRU15, memandangkan UMNO membuat keputusan untuk tidak mahu bersama-sama parti itu sebagai gabungan Perikatan Nasional (PN) pada PRU15.