awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Manifesto BN Perak dilancar esok

Astro Awani
Astro Awani
07/11/2022
02:20 MYT
PRU15: Manifesto BN Perak dilancar esok
Aminuddin (berdiri tengah) dan Mazlan (berdiri kiri) menyantuni penduduk di sebuah gerai makan di Batu 8, Hulu Kinta. - Astro AWANI
IPOH: Barisan Nasional (BN) Perak akan melancarkan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), di Meru Raya, di sini, esok.
Setiausaha BN Perak, Datuk Aminuddin Md Hanafiah berkata, manifesto itu dirangka selepas mengambil kira semua faktor, khususnya berhubung dengan masa depan rakyat.
Beliau menyifatkan manifesto itu komprehensif, bukan sahaja memberi ruang lingkup keseluruhan, tetapi juga akan mengikut sektor dan daerah.
“Ia sejajar dengan usaha kita untuk mendapatkan kestabilan politik, ekonomi dan akhirnya kestabilan sosial bagi memberi kemakmuran dan kesejahteraan kepada rakyat,” katanya ketika ditemui berkempen di Batu 8, Hulu Kinta, dekat sini, hari ini.
Menurutnya, manifesto itu bukan dibuat oleh orang politik tetapi mengambil kira pandangan masyarakat dan sektor bagi mengetahui apa yang mereka mahu.
“Sebagai parti politik yang mempunyai wawasan untuk mensejahterakan rakyat, kita mengambil kira pandangan-pandangan ini dan mengolah sebaik mungkin.
“Kita pun tak nak menjanjikan bulan bintang dan janji-janji itu adalah boleh dilaksanakan dan dicapai,” ujarnya.
Katanya, kira-kira 5,000 orang dari pelbagai kaum dan peringkat umur dijangka menghadiri majlis pelancaran manifesto itu yang bermula jam 8 malam.
Sementara itu, beliau yang juga calon Parlimen Tambun berkata, setakat ini, kempennya berjalan lancar dengan dibantu calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kinta, Datuk Mazlan Abdul Rahman dan DUN Manjoi, Datuk Azizol Kama Abdul Aziz.
“Setakat ini kami telah meliputi kira-kira 20 peratus tetapi sebagai orang tempatan, kami telah berkhidmat lama, lebih-lebih kedua-dua calon DUN ialah Ahli Majlis (Majlis Bandaraya Ipoh),” tambahnya.
Topic Berkaitan
#BN Perak
#Aminuddin Md Hanafiah
#PRU15
#Manifesto
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan