awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: MIC 'top up' pengundi di kawasan parti Melayu berpecah - Penganalisis

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
19/09/2020
00:00 MYT
PRU15: MIC 'top up' pengundi di kawasan parti Melayu berpecah - Penganalisis
MIC dijangka memainkan peranan penting dalam mengembalikan sokongan kaum India kepada BN dan MN. - Gambar hiasan
MIC membantu menambah pengundi untuk kemenangan Barisan Nasional (BN) di kawasan majoriti Melayu yang berpecah kepada beberapa parti.
Penganalisis politik, budaya dan tamadun India, Datuk M Periasamy berkata, ia sekali gus menolak tanggapan MIC sebagai sebuah parti kecil dan tidak mempunyai kepentingan dalam Pilihan Raya Umum (PRU).
"Sebagai sebuah parti komponen dalam BN, ia boleh bantu 'top up'. Bermakna, sekiranya pengundi Melayu terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu BN dan pembangkang, di situlah MIC memainkan peranan penting, ia boleh top up sokongan itu.
"Katakanlah BN kurang 2,000 pengundi di satu kawasan, MIC boleh bantu. Dalam konteks ini, MIC walaupun orang ramai anggap sebagai satu parti kecil, tetapi ia ada kepentingan dalam PRU, ia boleh membantu.
"Inilah faktor utama yang menyebabkan Pakatan Harapan menang pada PRU14, sebab pengundi India macam top up, apabila pengundi Melayu berpecah," katanya ketika dihubungi di sini, pada Jumaat.
MIC kini mempunyai seramai 450,000 ahli di seluruh negara.
Sementara itu, Naib Presiden MIC Datuk Sivarraajh Chandran berkata, parti itu akan memainkan peranan penting dalam mengembalikan sokongan kaum India kepada BN dan Muafakat Nasional (MN).
Jelasnya, pengurusan mikro yang dibuat parti itu, termasuk pendaftaran ahli MIC sebagai pengundi, menjadi ramuan penambahan pengundi India untuk BN.
"Itu merupakan strategi bagi memastikan undi India kembali ke BN. Kita akan urus pengundi MIC ini secara pengurusan mikro di peringkat bahagian.
"Di peringkat cawangan, kita pastikan mereka dijaga, mengundi BN dan MN di seluruh negara," katanya.
Tambahnya, ketika ini terdapat 900,000 pengundi kaum India dan daripada jumlah itu, 50 peratus merupakan ahli MIC.
"Saya percaya, kalau kita boleh mobilise (gerakkan) 450,000 ahli MIC, BN boleh dan dapat tambah peratusan pengundi daripada masyarakat India pada PRU15," kata Sivarraajh.
Pada PRU14, MIC meletakkan calon di sembilan kerusi Parlimen namun menang hanya dua.
MIC melalui calonnya Datuk Seri M Saravanan dan Sivarraajh, masing-masing menang di Parlimen Tapah dan Cameron Highlands.
Bagaimanapun, kemenangan Sivarraajh di kawasan Parlimen itu dibatalkan selepas mahkamah memutuskan terdapat pembelian undi sepanjang tempoh berkempen.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#calon
#Cameron Highlands
#India
#M Periasamy
#M Saravanan
#mahkamah
#Melayu
#MIC
#Pakatan Harapan
#Parlimen
#PAS
#pembangkang
#penganalisis
#pengundi
#pilihan raya umum
#politik
#PRU
#PRU14
#Sivarraajh Chandran
#tambah
#top up
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan