awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: MoU telah berakhir, BN tidak perlu layan kehendak pembangkang, Bersatu - Zahida

Fareez Azman
Fareez Azman
31/07/2022
08:52 MYT
PRU15: MoU telah berakhir, BN tidak perlu layan kehendak pembangkang, Bersatu - Zahida
Zahida berkata pilihan raya kini boleh diadakan pada bila-bila masa selepas perjanjian persefahaman (MoU) antara kerajaan dan pembangkang berakhir. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) tidak perlu melayan kehendak pembangkang dan juga Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang mahu melengah-lengahkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Sebaliknya kata Ketua Puteri BN, Datuk Zahida Zarik Khan, PRU15 boleh diadakan pada bila-bila masa selepas perjanjian persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara pembangkang dengan kerajaan Persekutuan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berakhir hari ini.
"Hari ini adalah tarikh terakhir MoU... tidak ada pilihan raya sebelum 31 Julai. Ertinya pilihan raya boleh diadakan pada bila-bila masa.
"Kami mahu pilihan raya diadakan segera. Kita sudah menang besar di Melaka, kita sudah menang besar di Johor, jangan sampai momentum kemenangan ini hilang," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Konvensyen Puteri BN di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WCTKL) pada Ahad.
Tambah Ketua Puteri UMNO itu lagi, BN tidak perlu menunggu musuh politik bergabung, sebaliknya perlu menyerang ketika mereka lemah.
"Segeralah diadakan pilihan raya. BN ready, Puteri ready. Kami Puteri ready.
"Datuk Seri Pengerusi (Ahmad Zahid Hamidi) jangan sesekali melayan kehendak pembangkang dan juga Bersatu yang mahu melengah-lengahkan pilihan raya sehingga ke hujung penggal.
"Kenapa kita perlu tunggu mereka bergabung, baru kita nak serang, jangan kita berikan mereka vitamin untuk mereka lebih kuat. Bodohlah kita, tidak menyerang ketika musuh kita lemah," tegasnya lagi.
Sebelum ini, Ismail Sabri memaklumkan tiada lagi perjanjian atau MoU baharu akan dimeterai antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) selepas ini.
Jelasnya, persetujuan itu dicapai ketika pertemuan diadakan baru-baru ini.
Pada 13 September tahun lepas, kerajaan Persekutuan dan PH telah memeterai MoU membentuk kerjasama dwipartisan merangkumi pemerkasaan pelan COVID-19, transformasi pentadbiran, pembaharuan Parlimen, kebebasan institusi kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) serta pembentukan Jawatankuasa Pemandu.
Topic Berkaitan
#BN
#MoU
#Zahida Zarik Khan
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan