awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Muar perlu hab industri, wujudkan pekerjaan berkualiti - Syed Saddiq

Hilmi Malik
Hilmi Malik
12/11/2022
03:03 MYT
PRU15: Muar perlu hab industri, wujudkan pekerjaan berkualiti - Syed Saddiq
Syed Saddiq berpendirian, trek rekod pencapaiannya sebelum ini di Muar membolehkan pengundi untuk menilai prestasinya.
MUAR: Muar memerlukan pembangunan kawasan industri bagi mewujudkan peluang pekerjaan yang berkualiti selain jaminan untuk anak tempatan kekal mencari pendapatan di kawasan itu.
Calon MUDA bagi Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, usaha itu juga bagi memastikan peluang pekerjaan tidak hanya tertumpu kepada warga asing.
“Selain daripada tarikan lain, saya risau apabila ramai anak muda terpaksa berhijrah keluar dari Muar untuk dapat pekerjaan berkualiti.
“Ini antara sebab saya adakan kerjasama dengan MITI khususnya untuk bangunkan hab perabot, bukan sekadar untuk bergantung kepada pekerja asing tetapi juga sistem robotik dan automatik.
“Mungkin sebelum ini kita ada 10 pekerja asing tetapi kali ini mungkin hanya perlukan tiga pekerja tempatan dengan gaji yang tinggi,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas hadir Ceramah Umum Pakatan Harapan di Pejabat Parti Amanah Negara Parlimen Muar pada Jumaat.
Mengulas lanjut, bekas Menteri Belia dan Sukan itu juga berkata, pembangunan untuk golongan anak muda juga telah dibangunkan di sekitar Muar.
Perkara itu dapat dilihat menerusi hab e-sukan yang telah dibangunkan di Stadium Muar.
Ujarnya lagi, beliau yakin penduduk setempat telah melihat dan menilai apa yang telah dibangunkan di Muar meskipun penyang kerusi itu terpalit dengan kes mahkamah.
PRU15 | Muar perlu hab industri yang lebih pesat
“Lihat trek rekod saya, apabila saya ditawarkan jawatan kontrak GLC saya kekal dengan prinsip dan landasan saya.
“Saya berjaya bawa pembangunan yang besar RM50 juta di Muar walaupun berada dalam kedudukan pembangkang... secara total boleh tengok laporan penuh.
“Kalau saya masuk politik sekadar untuk jawatan dan wang, saya ada peluang untuk kekal sebagai Menteri pada 2020 tetapi saya tolak kerana nak kekal berprinsip (untuk) pertahankan dan bela rakyat... jadi saya berhasrat untuk ‘renew’ kontrak saya di Muar,” ujarnya lagi.
Lihat keputusan pada PRU14 lalu:
Topic Berkaitan
#Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
#Pakatan Harapan
#muda
#PRU15
#Muar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan