SHAH ALAM: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan akan mengadakan sidang media khas di Pusat Media Utama PN, di Shah Alam sebentar sahaja lagi.

Pihak media yang dilaporkan perkara berkenaan sudah bersedia untuk mengikuti apakah intipati sidang media berkenaan.

Difahamkan sidang media berkenaan turut melibatkan beberapa pemimpin parti komponen PN lain termasuk Bersatu dan Pas.

Namun kelibat Muhyiddin masih belum dilihat memasuki perkarangan pusat media ini.

Terdahulu, beberapa pemimpin Pas tiba termasuk Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu juga dilihat masuk ke perkarangan pusat media PN jam 9.30 malam tadi.