awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Muhyiddin, Rashid calon pertahan kerusi Parlimen

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
01/11/2022
17:30 MYT
PRU15: Muhyiddin, Rashid calon pertahan kerusi Parlimen
Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin kekal menjadi calon bagi Parlimen Pagoh. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin kekal menjadi calon bagi Parlimen Pagoh bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi mempertahankan kerusi itu yang disandangnya sejak 1995 selepas memenangi PRU9.
Selain Muhyiddin, Majlis Pengumuman Calon PN bagi PRU15 malam tadi turut menyaksikan bekas Timbalan Speker Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon diumumkan mempertahankan kerusi Parlimen Batu Pahat.
Selain dua calon itu yang dianggap nama besar dan orang lama, kebanyakan calon PN lain bagi negeri Johor yang diumumkan adalah muka baharu.
BACA: PRU15: Azmin di Gombak, Faizal di Tambun, ini senarai calon PN diumum Muhyiddin
[LAPOR LANGSUNG] PRU15: Pengumuman calon BN dan PN
Di Johor, pembahagian kerusi Parlimen PN menyaksikan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendapat 16 kerusi iaitu Sekijang, Ledang, Ayer Hitam, Simpang Renggam, Kluang, Sembrong, Mersing, Kota Tinggi, Pengerang, Tebrau, Pasir Gudang, Johor Bahru, Pontian dan Tanjung Piai.
Manakala Bersatu-Bersekutu pula bertanding di empat kerusi Parlimen iaitu di Segamat, Labis, Bakri dan Iskandar Puteri.
Pas juga bertanding di empat kerusi Parlimen iaitu Muar, Parit Sulong, Sri Gading dan Tenggara, Sementara Gerakan bertanding dua kerusi iaitu di Pulai dan Kulai.
Topic Berkaitan
#PRU15
#Calon PRU15
#PN
#Muhyiddin Yassin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan