awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Mumtaz calon terbaik Pas - Hadi Awang

Sinar Harian
Sinar Harian
07/11/2022
02:00 MYT
PRU15: Mumtaz calon terbaik Pas - Hadi Awang
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, Mumtaz mempunyai matlamat untuk melaksanakan pembaharuan dalam negara. - Foto Urus Setia Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Kelantan
TUMPAT: Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Parlimen Tumpat, Datuk Mumtaz Mat Nawi merupakan calon terbaik Pas bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, Mumtaz mempunyai matlamat untuk melaksanakan pembaharuan dalam negara.
"Beliau merupakan calon wanita yang juga seorang peguam yang sudah ada tujuan membangunkan Tumpat dan negara," katanya ketika ceramah umum sempena Program Jelajah Tuan Guru Presiden Pas ke Kelantan pada Ahad.
Pas mempertaruhkan Mumtaz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demit dengan harapan menerima undi majoriti 20,000.
Abdul Hadi juga berharap pengundi melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik.
"Dengan sebab kita tidak mengundi, kurang satu undi. Dengan sebab kita tidak mengundi, menang yang salah, kalah yang betul," katanya.
Pada masa sama Abdul Hadi turut menekankan supaya calon dan penyokong tidak terjebak dengan rasuah seperti yang berlaku sebelum ini.
"Ada pemimpin Melayu yang menerima rasuah. Jumlah yang memberi rasuah lebih besar kononnya sebagai pemberi maklumat.
"Nak mengundi pilihan raya pun rasuah, bagi duit kepada pengundi-pengundi. Nak bertanding ketua bahagian pun rasuah ahli-ahli parti," katanya.
Beliau berkata, jenayah itu boleh merosakkan politik Malaysia. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PRU15
#Abdul Hadi Awang
#Mumtaz Mat Nawi
#Malaysia Memilih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan