KUALA LUMPUR: Selepas tidak dicalonkan BN bagi mempertahan kerusi Parlimen Ketereh, penyandangnya, Tan Sri Annuar Musa mengucapkan selamat bertanding kepada semua calon yang dipilih mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Dalam muat naik di laman Facebooknya malam tadi, beliau berkata BN menyenaraikan calon-calon pilihan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, keputusan memilih calon terbaik itu sudah melalui segala kepandaian dan kebijaksanaan bagi memastikan kemenangan BN.

BACA: PRU15: Senarai calon BN diumum Zahid Hamidi

[LAPOR LANGSUNG] PRU15: Pengumuman calon BN dan PN

BN menamakan Ketua Puteri UMNO Kelantan, Marzuani Ardila Ariffin sebagai calon di Parlimen Ketereh pada Majlis Pengumuman Calon Parlimen BN di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ia sekali gus mengenepikan penyandangnya iaitu Annuar yang juga Ketua Bahagian UMNO Ketereh.