awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS rampas dua kapal tangki 'armada bayangan' dikaitkan dengan minyak Venezuela
Terbuka Malaysia 2026: Meskipun sakit, Soon Huat-Shevon bangkit cipta kemenangan
Anwar yakin nilai dagangan Malaysia–Turkiye mampu capai AS$10 bilion lebih awal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Nancy azam bangun sektor pelancongan di Santubong

Sinar Harian
Sinar Harian
06/11/2022
02:30 MYT
PRU15: Nancy azam bangun sektor pelancongan di Santubong
Nancy (tengah) ketika diumumkan calon bagi Parlimen Santubong mewakili GPS. - Foto Sinar Harian
KUCHING: Parlimen Santubong memiliki potensi tersendiri namun masih memerlukan peningkatan dari segi pembangunan untuk sektor pelancongan.
Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Nancy Shukri berkata, beliau komited untuk membawa lebih banyak perubahan di kawasan tersebut terutama dari aspek pelancongan.
"Parlimen Santubong mempunyai tarikan tersendiri dan perlu dibangunkan dari segi pembangunan sektor pelancongan atau erti kata lain ia merupakan kawasan ‘Tourism Belt’.
“Meskipun bukan perkara mudah untuk mewakili kawasan ini, saya berharap dapat membawa lebih banyak pembangunan dari segi pelancongan, budaya dan kesenian terutama di kawasan pinggir bandar," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas selesai proses penamaan calon bagi Parlimen Santubong di Dewan Sri Melati Institusi Kemahiran Malaysia (IKM) Kuching di sini pada Sabtu.
Pada masa sama, Nancy yang juga Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan turut berterima kasih kepada penyandang kerusi Parlimen Santubong, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar kerana banyak menyumbang kepada pembangunan di kawasannya serta negara.
“Saya berharap sokongan yang pernah diberikan kepada Wan Junaidi sebelum ini dapat diberikan kepada saya untuk terus memastikan kawasan ini kekal sebagai kubu kuat GPS.
“Saya sedar bahawa kasut yang ditinggalkan oleh beliau amat besar untuk diisi, namun saya akan melakukan yang terbaik untuk rakyat,” katanya.
Artikel Berkaitan: PRU15: Calon termuda 23 tahun, Tun M kekal calon paling tua BN Sabah nafi restu calon PBRS tanding di Ranau PRU15: Politik dinasti semakin ketara Parlimen Santubong menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara GPS, calon Bebas, Affendi Jeman dan calon Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Zen Peli. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Nancy Shukri
#PRU15
#pelancongan
#Parlimen Santubong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan