awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Madu mengaku tidak bersalah ugut, simpan gambar lucah guru
MALAYSIA
Empat individu termasuk dua pemilik syarikat ditahan kemuka butir matan palsu
MALAYSIA
Melaka siasat dakwaan kesilapan kaligrafi kalimah Allah dalam masjid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

POLITICS

PRU15: Pas Selangor juga mahu guna logo 'bulan'

Bernama
Bernama
03/09/2022
15:15 MYT
PRU15: Pas Selangor juga mahu guna logo 'bulan'
Pas Selangor menjadi negeri terbaharu mahu bertanding dengan menggunakan logo parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). - Gambar hiasan/Astro AWANI
ALOR SETAR: Pas Selangor menjadi negeri terbaharu mahu bertanding dengan menggunakan logo parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Cadangan itu dikemukakan oleh Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor Noor Najhan Mohamad Salleh ketika sesi perbahasan ucapan dasar presiden di Muktamar Tahunan Pas ke-68 di sini hari ini.
"Pas Selangor, sebagaimana permintaan beberapa negeri lain seperti Kedah, turut meminta izin untuk bertanding menggunakan lambang Pas dalam PRU15. Setuju atau tidak perwakilan Selangor?" soalnya yang kemudian disahut dengan laungan "setuju" oleh para perwakilan.
Sebelum ini, Pas Kelantan, Terengganu serta Kedah bercadang menggunakan logo parti itu di negeri masing-masing pada PRU15 dan bukannya logo Perikatan Nasional (PN).
BACA: PRU15: Cadangan Pas guna logo sendiri dibawa ke Mesyuarat Majlis Tertinggi PN
Terdahulu, Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin yang hadir pada perasmian Muktamar Tahunan Pas itu berkata cadangan tersebut akan dibincang dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN, dijangka diadakan pada minggu depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pas Selangor
#logo bulan
#PRU15
#logo parti
#pilihan raya
#Noor Najhan Mohamad Salleh
#Muktamar Pas
#Perikatan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami