awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gagau belut, ikan haruan hidupkan semula aktiviti tradisional masyarakat desa
Anggota tentera cedera dalam letupan bom di Yala
2,500 pertubuhan belia disasar mohon Geran SejaTi MADANI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: PDRM kenal pasti kurang 100 kawasan hotspot

Bernama
Bernama
30/10/2022
09:41 MYT
PRU15: PDRM kenal pasti kurang 100 kawasan hotspot
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRU15 pada 19 Nov dengan penamaan calon pada 5 Nov, manakala pengundian awal pada 15 Nov ini. - Gambar hiasan
MUAR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenal pasti kurang daripada 100 kawasan berstatus 'hotspot' pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata penugasan pegawai dan anggota telah dibuat untuk ditempatkan di kesemua kawasan tersebut.
"...melalui risikan daripada polis daerah, kita tahu beberapa kawasan agak hangat dari segi kempen, sentimen emosi dan seumpamanya. Kita sudah kenal pasti dan membuat penugasan sewajarnya untuk berusaha meredakan suhu apabila kempen tiba kelak," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penutup Kursus Asas Tiger Platoon Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kem Batalion 6 PGA di sini hari ini.
SEMUA MENGENAI PRU15 DI SINI
Katanya seorang anggota polis akan ditempatkan di setiap saluran mengundi yang melibatkan lebih 38,000 saluran, selain anggota dan pegawai untuk tugasan kawalan rondaan.
"Kesemua mereka akan bertugas bermula hari penamaan calon, masa berkempen...bagi memastikan tiada unsur mengganggu gugat ketenteraman awam," katanya.
Acryl Sani turut mengingatkan mereka yang terlibat dengan kempen pilihan raya supaya berhemah dan tertib, mengikut peraturan yang ditetapkan.
Sebelum ini, Acryl Sani dilaporkan berkata seramai 94,411 daripada 120,557 pegawai dan anggota PDRM akan digerakkan bagi menghadapi PRU15.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRU15 pada 19 Nov dengan penamaan calon pada 5 Nov, manakala pengundian awal pada 15 Nov ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRU15
#hotspot
#PDRM
#Acryl Sani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan