POLITIK

PRU15: Pejuang belum tentukan calon di Perak

Abd Razak Mohd Ali 28/08/2022 | 01:15 MYT
Dr Mahathir (tiga, kiri) ketika sidang media pada Program Jelajah Sayang Bangsa di Jalan Pasir Puteh, Ipoh, malam tadi. --fotoBERNAMA
IPOH: Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) masih belum memutuskan calon mereka yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Perak.

Keputusan itu hanya akan dibuat apabila hampir pilihan raya.

Pengerusi Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pihaknya akan membuat penilaian terlebih dahulu terhadap calon-calon yang sesuai.

"Kita membuat penilaian nak tahu di mana orang ini kuat, di mana orang itu kuat. Kita tak nak letak calon hanya kerana nak letak calon.

"Kita nak pilih calon yang baik yang boleh diri kerajaan, bukan calon tak tahu kerja sama sekali," katanya ketika ditemui selepas Perasmian Jelajah Sayang Bangsa di Jalan Pasir Putih, di sini malam tadi.

Dalam ucapannya, beliau menjelaskan tujuan penubuhan Pejuang dan Gerakan Tanah Air yang antara lain untuk mengembalikan Malaysia ke landasan yang betul.

Selain itu, katanya, mereka juga mahu mewujudkan sebuah kerajaan yang bersih untuk semua kaum di negara ini.



#PRU15 #Mahathir Mohamad #calon pilihan raya