awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Pelik! Masih sokong walaupun didapati bersalah - Anis Yusal

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
19/10/2022
05:51 MYT
PRU15: Pelik! Masih sokong walaupun didapati bersalah - Anis Yusal
Anis Yusal Yusoff keliru kerana ramai rakyat yang masih memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada sesetengah orang walaupun orang itu didapati bersalah. - Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR: Tindakan sesetengah penyokong figura politik yang telah jelas didapati bersalah oleh mahkamah mencetuskan persoalan sepanjang pemerhatian Datuk Anis Yusal Yusoff ke atas landskap politik Malaysia.
Felo Penyelidik Utama, Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu mengakui, beliau pelik serta keliru dengan tindakan sesetengah penyokong figura politik di negara ini.
"Sambil saya bercakap pada ketika ini, saya juga jadi keliru kerana ramai rakyat di luar sana masih memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada sesetengah orang walaupun orang itu didapati bersalah dan betul-betul telah dibuktikan bersalah.
"Ada pihak yang masih menyokong. Saya sebagai pengkaji masih tertanya, apa sebenarnya yang menyebabkan orang (ramai) berperlakuan sedemikian (menyokong individu bersalah), pelik juga," katanya ketika ditemu bual dalam program Menjelang Malaysia Memilih pada Rabu.
Malaysia Memilih: PRU15 | Memaknai ketelusan kerajaan campuran
Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu urus tadbir yang baik termasuk tidak mencampuri urusan mahkamah dalam pembentukan kerajaan pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kelak.
Anis dalam masa sama berharap pemain-pemain politik di negara ini untuk segera menghentikan politik perkauman dan mengucar-ngacirkan negara dengan memainkan isu tersebut.
Beliau turut meletakkan harapan yang tinggi kepada rakyat untuk bijak memilih pemimpin pada PRU15 akan datang.
"Mesej saya kepada pemain-pemain politik, pertama hentikan politik perkauman. Cukup-cukuplah.
"Rakyat tidak perlu dikucar-kacirkan dengan cara memporak-perandakan negara ini; dengan memainkan sentimen perkauman.
"Semua perlu lakukan demi Malaysia, Malaysia yang memilih maka jagalah Malaysia.
"Pesanan untuk rakyat, pengundi luar sana, pilih dengan bijaksana. Pilihlah orang yang dapat membantu dan menjaga kemaslahatan rakyat terbanyak, yang mendengar rintihan rakyat.
"Bukan hanya mahu orang mendengar ceramah mereka (pemain politik), tetapi yang datang mendengar 'ceramah' (masalah) rakyat, kerana saya kira masa depan negara ini memerlukan pemimpin-pemimpin yang prihatin, bukan setakat mendengar tetapi memberi respond dan menyelesaikan masalah rakyat," tegasnya.
Topic Berkaitan
#PRU15
#Malaysia Memilih
#Datuk Dr Anis Yusal Yusoff
#mengundi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan