awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu kandung, bapa tiri ditahan kes dera kanak-kanak di Nilai
Pekerja ladang bebas tuduhan edar dadah lebih 77kg
PBB tuduh Israel amal dasar ‘aparteid’ di Tebing Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Pembentukan kerajaan, Najib minta ambil kira kepentingan jangka panjang UMNO, BN - Nooryana

Astro Awani
Astro Awani
20/11/2022
16:16 MYT
PRU15: Pembentukan kerajaan, Najib minta ambil kira kepentingan jangka panjang UMNO, BN - Nooryana
Nooryana mendakwa pesanan itu disampaikan semasa satu pertemuan keluarga bersama Najib pada pagi Ahad, sehari selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). - Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rundingan yang dibuat oleh Barisan Nasional (BN) dengan mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan perlu mengambil kira kepentingan jangka panjang UMNO dan Barisan Nasional (BN), kata Nooryana Najwa.
Nooryana mendakwa pesanan itu disampaikan semasa satu pertemuan keluarga bersama Najib pada pagi Ahad, sehari selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
"Sekiranya BN perlu berunding dengan mana-mana gabungan bagi menyelesaikan masalah parlimen tergantung dan untuk membentuk kerajaan, maka rundingan ini patut mengambil kira kepentingan jangka masa panjang UMNO dan BN dan bukan hanya untuk kepentingan sementara.
"Rundingan ini perlu mengenepikan perbezaan sentimen serta perlu mengambil kira pendapat semua ahli parlimen BN yang berjaya pada PRU15.
"Datuk Seri Najib juga ingin sampaikan bahawa dia amat merindui sahabat-sahabatnya dalam BN. Beliau juga menegaskan harapan dan kepercayaannya bahawa UMNO dan BN merupakan parti keramat yang pasti akan bangkit semula," katanya.
Ketika ini, Perikatan Nasional (PN) yang mempunyai 73 ahli parlimen sedang berusaha membentuk gabungan bersama beberapa parti bagi membentuk kerajaan baharu.
Selain PN, Pakatan Harapan (PH) yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempunyai 82 kerusi juga sedang berusaha untuk menubuhkan kerajaan bersama parti-parti lain.
Topic Berkaitan
#Najib Razak
#Nooryana Najwa
#pembentukan kerajaan
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan