awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
SPRM tahan Pengerusi IJM Corp, bantu siasatan tadbir urus, aset luar negara RM2.5 bilion
Permohonan Paul Yong untuk semak sabitan, hukuman kes rogol ditolak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Pencalonan Aminuddin, laporan Ahmad Idham wajar diteliti SPR - Kamalanathan

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
10/11/2022
15:34 MYT
PRU15: Pencalonan Aminuddin, laporan Ahmad Idham wajar diteliti SPR - Kamalanathan
Kamalanathan berkata, walaupun beliau percaya Aminuddin berkemungkinan telah melakukan semakan dari pelbagai aspek namun SPR wajar menelitinya. - Astro AWANI
PORT DICKSON: Status mengenai pencalonan Datuk Seri Aminuddin Harun daripada Pakatan Harapan (PH) di Parlimen Port Dickson wajar diteliti jika dakwaan calon Gerakan Tanah Air (GTA) Ahmad Idham Ahmad Nadzri mempunyai asas.
Menurut Datuk P. Kamalanathan yang juga merupakan calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi tersebut, walaupun beliau percaya Aminuddin berkemungkinan telah melakukan semakan dari pelbagai aspek namun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) wajar menelitinya.
“Tapi kalau sekiranya Ahmad Idham telah membuat laporan ini maka saya harap pihak yang menerima laporan itu akan memberi maklum balas kepada laporan tersebut supaya kita tahu apa yang sebenarnya telah berlaku.
“(Aminuddin) Selaku Menteri Besar saya pun jangka beliau pun tahu boleh atau tidak, tapi kalau dia telahpun memberi pencalonan dan pencalonannya itu diterima, mungkin tak ada apa-apa isu kot. Tapi kalau ada laporan tersebut, ada (isu), saya rasa pihak berkenaan membuat siasatan sewajarnyalah,” katanya kepada Astro AWANI malam tadi.
Sebelum ini Ahmad Idham berkata, bantahan tersebut dibuat bertepatan dengan Akta Pilihan Raya Perkara 48 (1) C.
BACA: PRU15: Ahmad Idham bantah pencalonan Aminuddin di Port Dickson
Keputusan mengemukakan bantahan dibuat selepas mendengar pandangan daripada pelbagai pihak termasuk pasukan penasihat undang-undang Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang diwakilinya. Bagaimanapun, Ahmad Idham berkata, setakat ini masih belum ada lagi sebarang respon daripada SPR.
Topic Berkaitan
#PRU15
#p kamalanathan
#Ahmad Idham Ahmad Nadzri
#Aminuddin Harun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan