awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Pengarah SPR Perak tiba di Istana Kinta

Amirrul Rabbani
Amirrul Rabbani
20/11/2022
03:00 MYT
PRU15: Pengarah SPR Perak tiba di Istana Kinta
Mohd Nazri kelihatan membawa sampul atau dokumen rasmi berwarna kuning dipercayai berkaitan keputusan PRU15, ketika tiba di perkarangan Istana Kinta dengan menaiki sebuah SUV. - Foto Astro AWANI
IPOH: Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Mohd Nazri Ismail tiba bagi menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta, dekat sini, kira-kira jam 10.23 pagi tadi.
Difahamkan, sesi menghadap itu bagi menyembah maklum kepada baginda berhubung keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) membabitkan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak.
Mohd Nazri sebelum itu tiba di perkarangan istana menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) Nissan X-Trail, dipercayai membawa sampul atau dokumen rasmi berwarna kuning berkaitan keputusan PRU15.
Terdahulu, kenderaan membawa Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim dan Penasihat Undang-undang Negeri Datuk Azmir Shah Zainal Abidin turut kelihatan memasuki pekarangan istana.
Ketika ini tiada mana-mana gabungan parti politik di negeri itu yang berjaya memiliki jumlah 30 kerusi, iaitu majoriti mudah bagi membentuk kerajaan di Perak.
Berdasarkan keputuan rasmi SPR, Perikatan Nasional (PN) mendahului dengan memenangi 26 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Sementara itu, Pakatan Harapan (PH) memperoleh 24 kerusi dan Barisan Nasional sembilan kerusi.
Topic Berkaitan
#SPR Perak
#DUN Perak
#Istana Kinta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan