awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Perjalanan feri ke Langkawi ditambah

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
18/11/2022
13:41 MYT
PRU15: Perjalanan feri ke Langkawi ditambah
Penjualan tiket feri ke Langkawi lancar dan tiada kesesakan di kaunter kerana kebanyakan penumpang telah membeli secara dalam talian. - Gambar fail
ALOR SETAR: Perjalanan feri dari Kuala Kedah dan Kuala Perlis ke Langkawi ditambah bermula hari ini untuk memudahkan pengundi pulang mengundi sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) esok.
Pengurus Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Kapten Baharin Baharom berkata, pihaknya menambah satu perjalanan, menjadikan keseluruhan enam perjalanan ke pulau itu, sehingga Ahad.
“Pihak pengurusan feri mengambil inisiatif membantu kerajaan untuk memudahkan orang ramai pulang mengundi.
“Bagaimanapun untuk perjalanan dari Langkawi hanya satu perjalanan tambahan diadakan iaitu ke Kuala Kedah pada Ahad untuk membawa penumpang kembali ke tanah besar,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Menurut Baharin, penjualan tiket juga lancar dan tiada kesesakan di kaunter kerana kebanyakan penumpang telah membeli secara dalam talian.
Katanya, penumpang juga diminta agar merancang awal untuk menggunakan perkhidmatan feri bagi mengelakkan kesesakan di terminal feri.
Topic Berkaitan
#PRU15
#Feri ke Langkawi
#tambahan perjalanan
#tiket
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan