awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas menteri UK keluar Parti Buruh susulan pendedahan baharu Epstein
Warga emas, cucu rentung dalam kebakaran rumah pekerja di Bintulu
Penyanyi Nigeria, Ifunanya Nwangene meninggal dunia dipatuk ular tedung di dalam rumah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: 'Perubahan situasi hari ini menakjubkan, membuka mata saya' - Tiong Lai

Fareez Azman
Fareez Azman
21/11/2022
07:18 MYT
PRU15: 'Perubahan situasi hari ini menakjubkan, membuka mata saya' - Tiong Lai
Tiong Lai antara lain menjelaskan persepsi terhadap 'partinya' kini bertukar 180 darjah dalam tempoh sehari selepas PRU15. - Gambar fail
KUANTAN: Bekas Presiden MCA, Tan Sri Liow Tiong Lai secara sinis berkata beliau merasakan perubahan situasi politik hari ini menakjubkan dan membuka matanya.
Beliau dipercayai merujuk kepada perbincangan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) di ibu negara pada Isnin.
Menerusi entri terbaharu di laman Facebooknya, Tiong Lai antara lain menjelaskan persepsi terhadap 'partinya' kini bertukar 180 darjah dalam tempoh sehari selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
"Dunia ini memang menarik. Tiga hari lalu, saya masih difitnah, parti saya masih dituduh pelbagai macam.
"Perubahan situasi pada hari ini memang menakjubkan dan membuka mata saya. Persepsi terhadap parti saya bertukar 180 darjah dalam sehari selepas PRU," katanya.
Tambah Tiong Lai, bagaimanapun beliau menerima keputusan itu.
Pada masa sama menzahirkan terima kasih kepada 24,383 pengundi yang menyokongnya sebagai calon Parlimen Bentong itu meskipun tewas di tangan Young Syefura Othman dari Pakatan Harapan (PH).
"Namun, saya menerima keputusan itu, saya tetap berterima kasih kepada 24,383 pengundi yang menyokong saya, dan memberikan berkat kepada pemenang di Bentong.
"Semoga maju jaya. Bentong selalunya di batinku," jelasnya lagi.
Topic Berkaitan
#PRU15
#Liow Tiong Lai
#Barisan Nasional
#Pakatan Harapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan