awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Pengarah syarikat bergelar 'datuk' direman, kes pengubahan wang haram RM75 juta
MALAYSIA
Penganggur didakwa bunuh rakan serumah kerana bilik bersepah
DUNIA
Empat didakwa di UK rosakkan pesawat tentera udara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

POLITICS

PRU15: PH perlu 12 kerusi Sabah, Sarawak untuk bentuk kerajaan

Sinar Harian
Sinar Harian
17/11/2022
00:50 MYT
PRU15: PH perlu 12 kerusi Sabah, Sarawak untuk bentuk kerajaan
CHONG: Melalui tinjauan yang dilakukan, PH mempunyai peluang untuk memenangi 90 hingga 100 kerusi di Semenanjung Malaysia. - Foto Sinar Harian
KUCHING: Pakatan Harapan (PH) mempunyai peningkatan momentum dalam meraih sokongan pengundi di Semenanjung Malaysia menjelang empat hari Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak, Chong Chieng Jen berkata, keputusan itu adalah hasil tinjauan yang dilakukan pelbagai institusi penyelidikan jam 6 pagi kelmarin.
Disebabkan itu, katanya, PH memerlukan sekurang-kurangnya 12 kerusi dari Sabah dan Sarawak untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.
"Melalui tinjauan yang dilakukan, PH mempunyai peluang untuk memenangi 90 hingga 100 kerusi di Semenanjung Malaysia.
"Barisan Nasional (BN) berkemungkinan menang antara 32 hingga 42 kerusi dan Perikatan Nasional (PN) berkemungkinan menang 42 hingga 52 kerusi," katanya pada sidang media di Jia Jia Court, di sini, pada Rabu.
Sementara itu kata Chong, bagi PH memenangi 22 kerusi dari Sabah dan Sarawak mungkin kelihatan tugas yang sukar tetapi untuk memenangi 12 kerusi adalah tidak mustahil.
SEMAK SEMUA CALON PRU15 MENGIKUT KAWASAN DI SINI
Katanya, menerusi momentum yang semakin meningkat di Malaysia Barat, kerusi yang boleh dimenangi untuk PH semakin meningkat dari semasa ke semasa.
"Bagi kita di Sarawak, jika PH dapat mengekalkan 10 kerusi yang dimenangi PH pada 2018, maka PH akan mempunyai peluang yang sangat baik untuk membentuk Kerajaan Persekutuan," ujarnya.
Dalam perkembangan berkaitan katanya, jika rakyat Sarawak memberikan undi kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS), sudah pasti undi tersebut akan meletakkan UMNO kembali berkuasa.
Katanya, ia susulan Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri telah mengumumkan secara terbuka pada 14 November lalu bahawa mereka akan bekerjasama antara satu sama lain.
Kerjasama tersebut bertujuan membentuk Kerajaan Persekutuan selepas PRU-15 dan sekiranya UMNO kembali, dengan kepimpinan yang ada sekarang, negara ini akan hancur, jelas Chong. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PRU15
#Chong Chieng Jen
#DAP Sarawak
#Pakatan Harapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami