awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Along Eyzendy meninggal dunia
Cristiano Ronaldo tidak beraksi bersama Al Nassr untuk perlawanan kedua berturut-turut
Hoe Yean raih emas 200m gaya bebas di MIAG
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: PH Terengganu sasar tawan empat kerusi Parlimen

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
23/10/2022
01:50 MYT
PRU15: PH Terengganu sasar tawan empat kerusi Parlimen
RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH: Kita sasar sekurang-kurangnya tiga hingga empat kerusi Parlimen, boleh lakukan kejutan kerana tengok pada mood rakyat hari ini sangat agresif. - Astro AWANI
KUALA TERENGGANU: Pakatan Harapan (PH) Terengganu menyasarkan untuk menawan empat daripada lapan kerusi Parlimen yang dipertandingkan di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pengerusinya, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata ia merangkumi Parlimen Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Kemaman dan Dungun.
Jelasnya, lokasi yang menjadi sasaran itu merupakan kawasan yang celik maklumat dengan ramai orang muda dan institusi pendidikan.
"Kita sasar sekurang-kurangnya tiga hingga empat kerusi Parlimen, boleh lakukan kejutan kerana tengok pada mood rakyat hari ini sangat agresif.
"Macam saya sebut tadi, rakyat naik muak, nak musim hujan buat pilihan raya juga... banyak yang merungut macam tu," kata Raja Kamarul Bahrin Shah.
Beliau berkata PH juga akan meletakkan calonnya di kesemua lapan kerusi Parlimen di Terengganu.
Jelasnya, pembahagian kerusi itu dilakukan sama rata antara Amanah dan PKR.
Tambahnya, beliau juga bersedia untuk bertanding di kerusi Parlimen Kuala Terengganu jika diberikan peluang.
Topic Berkaitan
#PRU15
#Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad
#Parlimen Kuala Terengganu
#bubar parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan