awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
750 juta orang berdepan ketidak jaminan makanan global - IFAD
Gunung Marapi di Indonesia meletus, sembur abu setinggi 600 meter ke udara
Pengawal selia Jerman denda Amazon AS$67 juta berikutan amalan penetapan harga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: PKR bertanding tiga kerusi Parlimen di Negeri Sembilan

Bernama
Bernama
19/10/2022
10:30 MYT
PRU15: PKR bertanding tiga kerusi Parlimen di Negeri Sembilan
Aminuddin juga berkata beliau sedia bertanding di peringkat Parlimen pada PRU15 sekiranya diberikan mandat oleh kepimpinan tertinggi PH. - Gambar fail
SEREMBAN: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun mengesahkan PKR akan bertanding di Parlimen Rembau, Kuala Pilah dan Port Dickson pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Beliau berkata senarai calon bagi Parlimen terbabit akan diumum dalam masa terdekat.
Aminuddin juga berkata beliau sedia bertanding di peringkat Parlimen pada PRU15 sekiranya diberikan mandat oleh kepimpinan tertinggi PH.
"Banyak orang nak saya bertanding di Kuala Pilah, Rembau atau Port Dickson ... saya serahkan kepada pimpinan parti, kalau perlu saya bertanding saya akan bertanding atau sebaliknya... Cabang (Port Dickson) nak hantar nama saya, saya kata tidak perlu, saya tunggu keputusan sahaja," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco hari ini.
SEMUA ANDA PERLU TAHU BERHUBUNG PRU15
Naib Presiden PKR itu berkata perbincangan bersama kepimpinan PH negeri telah menetapkan pembahagian kerusi Parlimen iaitu tiga untuk PKR, tiga untuk Amanah dan dua untuk DAP (dua) pada PRU15.
Semalam media melaporkan Amanah menamakan tiga calon untuk bertanding di tiga kerusi Parlimen di negeri itu termasuk Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan Datuk Zulkefly Omar bagi Parlimen Jelebu.
Calon lain Ketua Wanita Amanah Negeri Sembilan Norwani Ahmat di Parlimen Jempol dan Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir (Pulau Pinang) Muhammad Faiz Fadzil bagi kerusi Tampin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pakatan Harapan
#Aminuddin Harun
#Pilihan Raya Umum ke-15
#PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan