awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cubaan larikan diri selepas kemalangan gagal, polis tahan lelaki positif dadah
Kerajaan perhebat usaha pastikan internet lebih selamat bermula tahun ini - Fahmi
Hakim syarie diseru tingkat inovasi, percepat penyelesaian kes - Raja Muda Perlis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: PN Pahang tidak lamar calon digugurkan parti lain

Astro Awani
Astro Awani
03/11/2022
02:10 MYT
PRU15: PN Pahang tidak lamar calon digugurkan parti lain
Saifuddin ketika majlis Pelancaran Jentera PN Indera Mahkota malam tadi. - Astro AWANI
KUANTAN: Perikatan Nasional (PN) Pahang tidak akan melamar mana-mana penyandang kerusi yang digugurkan oleh parti lain untuk bertanding sebagai calonnya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.
Malah menurut pengerusinya Datuk Seri Saifuddin Abdullah, PN Pahang tidak berfikiran untuk menawarkan samada kerusi Parlimen atau kerusi DUN kepada ahli sesebuah parti politik lain yang ingin bertanding atas tiket PN.
Namun bagi Saifuddin, PN Pahang tetap akan akur dengan sebarang arahan dan keputusan Majlis Tertinggi.
"Itu bukan bidang kuasa Perikatan negeri Pahang, apa saja keputusan itu tertakluk kepada keputusan Majlis Tertinggi, kami ini akur dengan keputusan Majlis Tertinggi.
"Jadi itu kami di peringkat kami, kami tidak berfikir begitu tapi kalau Majlis Tertinggi melihat ada kewajaran, kami terserah lah, itu semua terserah kepada Majlis Tertinggi," katanya.
Saifuddin berkata demikian selepas majlis Pelancaran Jentera PN Indera Mahkota malam tadi ekoran terdapat spekulasi tawaran bertanding kepada penyandang kerusi Parlimen Maran yang digugurkan semasa pengumuman calon parti tersebut malam Selasa lalu.
Terdapat desas-desus penyandang kerusi Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib kononnya dirisik sebuah parti politik lain selepas Barisan Nasional (BN) tidak mencalonkan namanya untuk PRU15.
Malah dikatakan masyarakat Orang Asli di kawasan Maran tidak akan keluar mengundi sekiranya Ismail tidak menjadi calon.
Topic Berkaitan
#Perikatan Nasional
#Saifuddin Abdullah
#PRU15
#Malaysia Memilih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan