awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Poster wajah dibakar, Mashitah tidak terkesan

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
16/11/2022
14:14 MYT
PRU15: Poster wajah dibakar, Mashitah tidak terkesan
Mashitah berkata, sepatutnya semua pihak perlu lebih terbuka dan membuktikan kemampuan masing-masing untuk mencipta kemenangan. - Gambar/ Astro AWANI
KUALA KEDAH: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kuala Kedah, Datuk Mashitah Ibrahim menyifatkan tindakan pihak tertentu membakar poster wajahnya serta Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tidak profesional.
Beliau berkata, sepatutnya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini, semua pihak perlu lebih terbuka dan membuktikan kemampuan masing-masing untuk mencipta kemenangan.
"Saya harap di zaman ini kita lebih profesional dan tak ada lagi perbuatan vandalisme yang perlu koyak, buang poster calon dan sebagainya.
"Apapun, ia tidak sedikitpun mengganggu perjalanan kempen PRU15 yang kami lakukan malah ramai yang simpati dengan apa yang berlaku.
"Kita akan meneruskan perjalanan kempen yang hanya tinggal dua hari lagi sebelum PRU15 berlangsung untuk mengembalikan keyakinan dan kepercayaan kepada BN malah kita tak takut pada parti lawan," katanya ketika ditemui pada program anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kota Setar di Anjung Kuala, di sini hari ini.
[LAPOR LANGSUNG] PRU15: GTA tidak akan kerjasama dengan BN, PN - Tun M
SEMAK CALON PRU15 MENGIKUT KAWASAN DI SINI
Astro AWANI sebelum ini melaporkan, polis menerima laporan berhubung kesan terbakar pada papan iklan memaparkan poster wajah Ismail Sabri serta Mashitah, semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 3 petang semalam oleh petugas BN yang ternampak kejadian itu yang berlaku di Kampung Gelong Air, Mukim Gunung.
Susulan daripada itu, polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 4A(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membakar.
Topic Berkaitan
#PRU15
#bakar poster
#Kuala Kedah
#dr mashitah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan