PRU15: Rafizi dakwa PKR-PH dahului 22 kerusi

Astro Awani
November 19, 2022 13:35 MYT
Rafizi Ramli dakwa Pakatan Harapan telah mendahului di 22 kerusi Parlimen sehingga pukul 8.20 malam tadi.- Gambar Facebook Rafizi Ramli
KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) mendakwa telah mendahului di 22 kerusi Parlimen sehingga pukul 8.20 malam tadi.
Menurut Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, angka tersebut diperoleh berdasarkan pungutan melalui aplikasi CISTA.
Menerusi perkongsian di Twitter miliknya, Rafizi turut mendedahkan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) masing-masing mendahului dengan tujuh kerusi.

Keputusan terkini dari kerusi2 PKR (melalui CISTA): PKR mendahului di 22 kerusi BN mendahului di 7 kerusi PN mendahului di 7 kerusi pic.twitter.com/qnowKXFt4o

— Rafizi Ramli (@rafiziramli) November 19, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Keputusan terkini dari kerusi-kerusi PKR (melalui CISTA), PKR mendahului di 22 kerusi, BN mendahului di tujuh kerusi (dan) Perikatan Nasional (PN) mendahului di tujuh kerusi," dakwa Rafizi.
Setakat pukul 9 malam tadi, Rafizi yang merupakan calon PH di Parlimen Pandan mendahului dengan 10,844 undi, diikuti Muhammad Farique Zubir Albakri (PN) sebanyak 3,070 undi.
Ketua MCA Bahagian Pandan, Datuk Leong Kok Wee daripada BN mendapat 1,609 undi; calon Parti Warisan Sabah (WARISAN), Tan Sri Ong Tee Keat (845 undi), manakala 114 undi diraih Nadia Hanafiah (Gerakan Tanah Air).
#PRU15 #Malaysia Memilih #Pakatan Harapan #Rafizi Ramli