awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Rara berjaya tawan Bentong

Fareez Azman
Fareez Azman
19/11/2022
19:41 MYT
PRU15: Rara berjaya tawan Bentong
Young Syefura Othman dari Pakatan Harapan (PH) berjaya menawan kerusi Parlimen Bentong meskipun bersaing sengit dengan pencabarnya daripada Barisan Nasional (BN), Tan Sri Liow Tiong Lai. - Gambar fail/Instagram/@young.syefura
KUANTAN: Young Syefura Othman dari Pakatan Harapan (PH) berjaya menawan kerusi Parlimen Bentong meskipun bersaing sengit dengan pencabarnya daripada Barisan Nasional (BN), Tan Sri Liow Tiong Lai.
Beliau meninggalkan pesaingnya itu dengan majoriti 692 undi.
Mengikut perkiraan undi, Young Syefura memperoleh 25,075 undi berbanding Tiong Lai yang hanya meraih 24,383 undi.
Manakala calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Roslan Hassan pula meraih 16,233 undi dan dua lagi calon bebas, Mohd Khalid Abdul Hamid dan Wong Tack masing-masing meraih 168 dan 798 undi.
Kerusi Parlimen itu antara kerusi panas yang diberi tumpuan apabila BN mempertaruhkan bekas penyandangnya, Tiong Lai, manakala Young pula merupakan mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari sebelum ini.
Mengikut data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sebanyak 67,452 pemilih menunaikan tanggungjawab mereka di Parlimen itu bersamaan 77.50 peratus pengundian.
Topic Berkaitan
#Young Syefura Othman
#kerusi Parlimen Bentong
#Liow Tiong Lai
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan