POLITIK
PRU15: Reezal Merican dijanji jawatan menteri jika menang - Ismail Sabri
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghadiri Majlis Perasmian Projek Program Perumahan Rakyat (PPR), Masjid Bandar Putra Bertam dan Kepala Batas Youth Centre (KBYC) hari ini. - Foto BERNAMA
KEPALA BATAS: Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dijanjikan jawatan menteri sekali lagi sekiranya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kekal sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
"Oleh kerana Reezal (Merican) perform dengan cemerlang, saya beri jaminan kepada semua, kalau saya menjadi Perdana Menteri semula, saya berjanji, saya akan angkat Reezal (Merican) sebagai menteri selepas 19 November (pengundian).
"Kalau (Reezal Merican) tak jadi menteri, bukan salah saya, tapi salah orang Kepala Batas," katanya ketika berucap sempena Majlis Pelancaran Pecah Tanah Projek Program Perumahan Rakyat (PPR) Kepala Batas, Masjid Bandar Putra Bertam dan Kepala Batas Youth Centre (KBYC) di Seberang Perai Utara, di sini pada Rabu.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Reezal Merican memenangi kerusi Parlimen Kepala Batas menewaskan calon PKR, Dr Zaidi Zakaria dan Siti Mastura Muhammad (Pas) selepas memperoleh 22,459 undi.
Sementara itu, pada pilihan raya umum kali ini pula, Reezal dijangka tidak berdepan kesukaran untuk mempertahankan kerusi Parlimen itu buat penggal ketiga-ketiga berturut-turut.
Penyandang kerusi Parlimen Kepala Batas itu bakal bersaing dengan calon Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Muhammad Danial Abdul Majeed dan Dr Siti Mastura Mohamad dari Perikatan Nasional (PN).

Ikuti semua perkembangan mengenai PRU15. KLIK DI SINI!
[LAPOR LANGSUNG] PRU15: Pengumuman calon BN dan PN