awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A sebak, dakwa anak masih digelar ‘pembunuh’ di sekolah baharu
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Rumah ibadat zon aman daripada pengaruh parti politik - Mufti Kelantan

Bernama
Bernama
04/11/2022
06:34 MYT
PRU15: Rumah ibadat zon aman daripada pengaruh parti politik - Mufti Kelantan
MOHAMAD SHUKRI: Masjid, surau dan musolla ini kena bersih daripada kempen atau ceramah politik yang boleh mendatangkan fitnah, perpecahan dan perbalahan. - Gambar fail
KOTA BHARU: Jadikan rumah ibadat seperti masjid, surau dan musolla sebagai 'zon aman' daripada pengaruh parti politik, demikian ingatan Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad kepada calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan jentera parti di Kelantan.
Mengingatkan mereka untuk tidak menggunakan rumah ibadat di kawasan masing-masing sebagai tempat berkempen atau ceramah, mufti itu berkata semua parti politik perlu menghormati rumah ibadat tanpa diganggu-gugat oleh suasana yang boleh menimbulkan perbalahan dan perpecahan dalam kalangan umat Islam.
"Masjid, surau dan musolla ini kena bersih daripada kempen atau ceramah politik yang boleh mendatangkan fitnah, perpecahan dan perbalahan kerana selain tempat untuk kita beribadat ia juga merupakan tempat penyatuan ummah.
"Oleh itu, masjid perlu dijadikan zon aman daripada pengaruh mana-mana parti politik dan perlu menghormati peraturan serta arahan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa negeri," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Mohamad Shukri berkata sekiranya terdapat mana-mana calon parti atau jentera yang menggunakan masjid, surau dan musolla sebagai tempat berkempen dan sebagainya, orang ramai diminta supaya melaporkan segera kepada pihak berwajib.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRU15 pada 19 Nov, penamaan calon 5 Nov dan pengundian awal pada 15 Nov.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRU15
#rumah ibadat
#zon bebas politik
#Mohamad Shukri Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan