PRU15: Salahuddin Ayub pertahan Pulai, Nur Jazlan tewas

Siti Nur Aqilla Omar
November 19, 2022 15:25 MYT
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor, Datuk Seri Salahuddin Ayub (kanan) kekal menjadi Ahli Parlimen Pulai selepas menang majoriti 20,989 undi. - Foto fail
JOHOR BAHRU: Kemunculan semula bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Nur Jazlan Mohamed pada Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) tidak mampu kembalikan Parlimen Pulai ke tangan Barisan Nasional (BN).
Ini selepas lawannya, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor, Datuk Seri Salahuddin Ayub kekal menjadi Ahli Parlimen Pulai selepas menang majoriti 20,989 undi.
Salahuddin mengalahkan Nur Jazlan yang memperolehi 23,026 undi.
Manakala calon Perikatan Nasional (PN), Loh Kah Yong meraih 14,432 undi.
Perkara itu diumumkan Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya P161 Parlimen Pulai, Miswan Yunus.
Untuk rekod, jumlah pengundi bagi Parlimen Pulai ialah seramai 164,161, namun hanya 69.20 peratus iaitu 113,606 yang keluar mengundi.
#Salahuddin Ayub #Nur Jazlan #PRU15 #Malaysia Memilih