awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: 'Saya dikunjungi pimpinan PN, tapi tiada tawaran dibuat' - Saarani

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
21/11/2022
11:33 MYT
PRU15: 'Saya dikunjungi pimpinan PN, tapi tiada tawaran dibuat' - Saarani
Saarani berkata tiada sebarang bentuk tawaran yang diberikan PN kepada pihaknya bagi tujuan berkenaan. - Gambar fail
KUALA KANGSAR: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mendedahkan pihaknya ada menerima kunjungan daripada pimpinan Perikatan Nasional (PN) negeri itu ketika pengumuman keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) awal pagi Ahad.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan itu berkata, pertemuan dengan Setiausaha PN Perak Datuk Zainol Fadzi Paharudin itu bagi perbincangan tentang pembentukan kerajaan negeri selepas PRU15.
Walau bagaimanapun, Saarani berkata tiada sebarang bentuk tawaran yang diberikan PN kepada pihaknya bagi tujuan berkenaan.
“Dia minta saya berunding dengan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (Pengerusi PN). Maka pada jam 10 pagi semalam, sebelum saya hadir mesyuarat Biro Politik UMNO, saya berjumpa dengan beliau dan Datuk Zainol.
“Saya memaklumkan kepada mereka bahawa saya telahpun diberi tawaran peranan itu (tawaran jawatan Menteri Besar oleh Pakatan Harapan (PH).
“Jadi jika Perikatan Nasional nak buat apa-apa tawaran kepada saya, silalah. Namun sehingga semalam saya tak ada menerima apa-apa tawaran,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Perak di Istana Iskandariah, di sini pada Isnin.
[LAPOR LANGSUNG] PRU15: Parlimen tergantung, rundingan bentuk kerajaan bermula
Beliau turut memaklumkan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memperkenan Istiadat Angkat Sumpah untuk semua Exco Negeri di Istana Iskandariah pada jam 11.30 pagi esok.
Dalam pada itu, Saarani berkata keputusan untuk membentuk kerjasama antara BN dan PH telah dimaklumkan kepada pimpinan UMNO di peringkat Pusat semalam.
“Saya bertanyakan kepada Biro Politik dan juga kepada Presiden parti adakah Negeri Perak perlu terikat dengan sebarang keputusan di peringkat Pusat.
“Jawapannya, sebaik mungkin kita sama di peringkat negeri dan Pusat. Akan tetapi, jika negeri perlu untuk melakukannya terlebih dahulu (kerajaan campuran), maka dibenarkan.
“Oleh sebab itu, dengan mandat yang diberikan oleh Presiden parti dan juga Biro Politik UMNO Malaysia, maka saya telah memaklumkan kepada istana bahawa saya bersedia untuk menubuhkan kerajaan bersama PH,” katanya lagi.
Teka-teki politik Perak pasca-PRU15 akhirnya terjawab selepas Saarani mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Perak Ke-15 di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim petang tadi.
Ia menjawab persoalan umum berhubung desas-desus kerjasama antara BN dan PH di Perak yang selama ini diketahui sebagai seteru dalam arena politik.
PRU15 menyaksikan BN hanya memenangi sembilan daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, sementara PN berjaya menawan 26 kerusi, manakala PH memenangi 24 kerusi.
Topic Berkaitan
#PRU15
#pembentukan kerajaan
#Saarani Mohamad
#tawaran PN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan