awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump: Venezuela akan pindahkan sehingga 50 juta tong minyak ke AS
Tiada kompromi isu disiplin, integriti - Panglima Tentera Udara
Peniaga makanan ala Barat mengaku tidak bersalah langgar doktor hingga cedera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri

Fareez Azman
Fareez Azman
05/11/2022
05:45 MYT
PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.
BERA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan bahawa beliau masih calon Perdana Menteri sekiranya Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.
"Setakat ini tidak ada keputusan daripada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang mengatakan sebaliknya.
"Keputusan untuk saya jadi poster boy selepas PRU15 diputuskan MKT, Perhimpunan Agung UMNO (PAU), baru-baru ini 156 daripada 190 UMNO Bahagian membuat usul mencadangkan calon Perdana Menteri selepas PRU15.
"Perkara itu tidak ada mesyuarat memutuskan sebaliknya, maknanya apa diputuskan masih kekal," katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai tindakan beberapa pemimpin UMNO yang kecewa digugurkan serta bertanding atas tiket parti lawan jelas Ismail, beliau memahami situasi dialami rakan-rakannya itu.
Bagaimanapun jelas Ismail Sabri, meskipun ia mengundang rasa kecewa dan sedih, namun bagi setiap pemimpin seharusnya kembali membantu parti dalam gelanggang PRU15.
"Saya sebutkan bahawa tak puas hati dan kecewa itu tak boleh disalahkan kepada sesiapa, sesiapa digugurkan akan rasa kecewa tapi dua tiga hari selepas itu kembali menyokong siapa bertanding kerana tujuan sama memastikan BN menang.
"Yang penting bukan individu tapi parti, mereka bertanding kali ini atas lambang parti. Di bera yang bertanding bukan Ismail Sabri tapi BN, jika prinsip itu dipegang akhirnya kita kembali kepada parti dan pastikan parti menang dalam PRU," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#PRU15
#ismail sabri yaakob
#Perdana Menteri
#Barisan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan